Media sosial hari ini tular dengan rangkuman cerita pengalaman beberapa individu yang kehilangan wang secara tiba-tiba dalam akaun bank masing-masing.
Khairul Yoi yang menulis di Facebooknya berkata, tindakan pihak bank terhadap permasalahan ini bagaikan acuh tak acuh apabila menendang pengguna di sana sini tanpa penyelesaian konkrit dan munasabah.
"Duit Hilang Dalam Bank
Lately banyak sangat kes duit hilang dalam bank. Aku pernah post pasal ni bulan lepas. Kau orang ingat tak siapa yang paling menggelupur dan cakap aku fitnah Maybank? Kemarin aku tengok video sorang akak yang duit dia hilang, sama kes macam aku.
Bank CIMB kabor tuan badan transfer duit ke acc Ambank orang lain, tapi dalam kes aku, duit dari acc Maybank aku dikeluarkan melalui ATM sedangkan kad ada dengan aku sepanjang masa, kami dimintak buat report polis. Malangnya lepas buat report polis, pihak bank bagi jawapan "kami cuma boleh siasat, tapi duit takkan dapat semula".
Jujur aku cakap, memang aku kesian dengan akak tu, 1k bukan jumlah yang besar bagi sesetengah orang, tapi bagi yang betul-betul memerlukan, 1k tu ibarat 100k kot. Kemudian customer service lagi menyakitkan hati.
Bila kita tanya kenapa duit tu boleh dikeluarkan sedangkan kad ada dengan aku, dia cakap "kemungkinan ahli keluarga yang keluarkan, bincanglah dengan keluarga tuan". Perghh jawapan dia memang boleh undang carut bai. Mujur aku beriman, aku istipar je dengar dia kabor gitu.
Kes macam ni seakan-akan takde tindakan langsung dari pihak bank. Kami sebagai pengguna ditendang sana sini untuk uruskan kes ni sendiri. Sekarang aku nak tanya la, kalau kat bank pon dah tak selamat nak simpan duit, lepas ni agaknya kitorang kena simpan dalam tabung buluh ke anat?
Ni orang-orang bank atau orang-orang yang ada kaitan dengan benda-benda camni, bagi jalan penyelesaian sikit macam mana nak buat kalau camnilah layanan bank terhadap pengguna?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Banyak kali duit hilang dalam akaun Maybank..
Bila lapor ke staff Maybank, staff Maybank tuduh ahli keluarga yang curi.. nak tengok CCTV tak bagi..
Mula-mula ambil puluh-puluh, lepas tu ambil ratus-ratus.. sial punya Maybank nekad taknak ada kaitan lagi dah..
Maybank asyik ambil duit..
Luahan yang dibuat oleh Khairul Yoi itu dikongsikan sebanyak 14,000 ++ kali selepas hanya tersiar dalam masa beberapa jam sahaja.
Beberapa pelanggan Maybank yang lain turut tampil dengan pelbagai versi cerita dan pengalaman kehilangan wang di akaun masing-masing. Dan ramai yang menghantarkan komen balas pihak kakitangan Maybank suka mendesak pelanggan untuk mengakui kehilangan wang mereka ada kaitan dengan ahli keluarga dan bukannya dicuri oleh orang luar (scammer).
Maybank setakat ini belum memberikan apa-apa kenyataan tentang dakwaan yang tersebar ini.
Apakah anda punya pengalaman yang serupa? Mungkin pihak Bank Negara Malaysia patut masuk campur dan menyiasat perkara ini bagi memuaskan hati para pelanggan yang teraniaya. - SoZPress.
Monday, 16 April 2018
Maybank Dikutuk Kaw-Kaw Sebab Hilangkan Duit Ramai Pelanggan Secara Tiba-Tiba..
Tags
# Laporan
About wes
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Laporan
Labels:
Laporan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I am unable to read articles online very often, but I’m glad I did today. This is very well written and your points are well-expressed. Please, don’t ever stop writing.
ReplyDeleteFind A Broker
- [ ] Binary option, Forex trading, Romance, ICO Scams, Online betting, Bitcoin, Phishing, exchange scams etc
ReplyDelete- [ ] If in any case you have lost your hard earned money. Dont give up, I have a good news for you. Asset recovery is currently recovering funds for all victims. Service delivery is second to none. I obliged myself the priviledge to announce this to everyone. Hurry and contact on; info at Assetrefundteam at gmail dot com...for more inquiries and contact expert cryptographer wu on her personal direct line +1 (917) 336 3071..