Jangan Suka-Suka Nak Hina Orang Johor Dan TMJ.. - Mak Cik

Sunday, 15 April 2018

Jangan Suka-Suka Nak Hina Orang Johor Dan TMJ..

Oleh : Sara SZ Bridal

#Akakngah rasa terpanggil untuk memberi komen sebab nampak ramai orang up status hina orang johor dan TMJ.. 

adik-adik akak nak bagi tau... Jusco tu takde la tulis khas untuk orang-orang Johor..siapa-siapa pon boleh datang.. so kita taktau pon siapa yang datang kat situ pada hari tersebut so tak boleh la salahkan orang Johor je.

first hakak nak komen pasal ni;

1. “Dah bagi betis nak peha”

Ada komen-komen yang mengatakan TMJ patut buat selalu macam ni pergi ke Giant, Econsave, Kipmart.. (what?? Buat selalu? Kau ingat TMJ tu ada kilang chop duit ke?) ni la golongan orang-orang yang dah diberi betis nak peha. Dia nak sedekah ke ape ke itu hak dia, biarlah.. siapa yang ada kat situ je yang untung. Jangan berharap rezeki datang bergolek dik oi.. yang tak dapat tu takyah merungut. Bersyukur.

2. “Takde adab takde rasa tanggungjawab”.

Kau orang tengok sendiri gambar ni sesudah ditinggalkan.. korang tak rasa kesian ke pada pekerja Jusco tu? Kalau ada anak-anak korang ke yang keje kat sana kesian dibuat camni.. dah Jusco terpaksa tutup harini sebab nak kemas barang yang bersepah. Kesian pekerja Jusco.





3. Jusco dah tutup harini, korang nak tolong kemas ke?
 

Jusco dah tutup sementara nak kemas barang, kau orang takde tempat lain ke nak pergi belanja barang? Dah pi sana tempat lain aihhhh... aduhhh pening tadi siang dengar AEON Big Kluang pulak kena serang ..

4. Ada orang suka-suka viralkan TMJ nak datang Econsave Pontian lah, AEON Kluang lah..

Kau orang ni terlalu mengharapkan eh.. weyhhh!!! Kerjaaa!!! Cari duit bukan dapat barang free hari-hari!

5. Ada pulak yang up status cakap : “TMJ patut beri sumbangan pada anak-anak yatim dan orang tua”.

Kau rasa ayat kau ni betul ke tidak? TMJ dan sultan JOHOR dah selalu buat cuma tak diwar-warkan je. Tak akan setiap kali sedekah nak war-warkan.. adeh.. kang kata riak pulok.

6. Komen tu hati-hati jangan nak salahkan orang Johor je, apa orang Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Melaka, Perak, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor, KL, takde yang menetap kat johor ke? Takde yang datang Jusco ke? Kakak nak pesan jangan salahkan satu bangsa sahaja. Jusco ni orang seberang pon ada datang, and kakak di fahamkan bukan orang melayu je ada pada hari tersebut. So komen tu baik-baik yer, jangan salahkan bangsa tapi kita semua rakyat Malaysia kan. 😊 Ni semua golongan buragas a.k.a raksasa, tak pon ali baba..

Ok kakak dah penat type, sebenarnya its all about attitude

#shareyer
#bertabahlahadik2kejejusco
#donemembawang
#geram
#akurasaygpegishoppingnijurassicpark

No comments:

Post a Comment