Oleh : Mommy Daily
Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh;
1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE, tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh. Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe
Sunday, 15 April 2018
Fungsi Sebenar Button 'Soak/Tube' Di Mesin Basuh Anda!
Tags
# Viral
About wes
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Viral
Labels:
Viral
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment