Bahaya Jika Bayi Tersalah Makan Ubat, Overdos. - Mak Cik

Sunday, 15 April 2018

Bahaya Jika Bayi Tersalah Makan Ubat, Overdos.

Oleh : Dr Aishah Alsagoff

"Anak saya baru 5 bulan, berat dalam 6.5kg. Suami saya tersalah bagi ubat supp paracetamol ikut buntut tu. Dia bagi yang dose 250mg. Sekarang anak saya asyik menangis, pujuk apa pun tak jalan. Nak buat apa sekarang?"

Panggilan telefon saya terima di klinik jam 6pm tadi. Nasib baik belum tutup klinik.


"Bawa ke hospital, sekarang!"

Ibu-ibu, ubat buntut paracetamol ada 2 dos. Satu dos 125mg, satu dos 250mg. Perhatikan dalam gambar. Nama ubat dan dos pasti ada tertera di packaging.

Untuk berat 6.5kg, bayi itu hanya perlu 100mg paracetamol sahaja, maximum pun 125mg, iaitu bersamaan 20mg/kg.




 

Sekarang dia terbagi 250mg, maksudnya bayi itu dah dapat 40mg/kg!

Ini overdos, dan bahaya.

Bawa segera ke hospital, doktor akan cek tahap paracetamol dalam darah, pantau fungsi hati dan side effects yang mungkin boleh terjadi.

Paracetamol adalah ubat yang selamat kalau diberi pada dos yang sesuai dengan berat. Yang bahaya jika overdose sahaja.

Lepas ni hati-hati ya! Biasakan baca nama dan dos pada ubat.

No comments:

Post a Comment