Surat Terbuka Dari Doktor Kepada Penyanyi Nasyid Yang Buang Ubat Hospital Kerajaan Dalam Tong Sampah.. - Mak Cik

Tuesday, 17 April 2018

Surat Terbuka Dari Doktor Kepada Penyanyi Nasyid Yang Buang Ubat Hospital Kerajaan Dalam Tong Sampah..

SURAT TERBUKA BUAT SAUDARA SUHAIMI SAAD
Kehadapan saudara SS buang ubat, saya adalah seperti nama dalam profile facebook selaku doktor yang merawat pesakit di negara Malaysia ingin memberi satu peringatan secara terbuka.
Sesungguhnya kami sebagai perawat dan juga rakyat Malaysia terkilan dengan tindakan kurang sihat saudara SS.




1. Dalam status facebook saudara mengatakan pergi ke hospital hanya untuk mendapatkan diagnosis dari doktor. Setelah dapat slip ubat atau preskripsi dari doktor, anda ambil ubat tersebut kemudian buang dalam 'dust bean' itu adalah satu perbuatan yang menjengkelkan.
Anda membuang masa pihak hospital untuk merawat pesakit lain yang betul-betul atau ingin mendapatkan rawatan. Mereka terpaksa menunggu perbuatan saudara. Jika saudara sangat-sangat anti pada perubatan moden hospital saya sarankan tak perlu datang terus pun.
Saudara kufur nikmat.
2. Dengan hanya membayar RM 1 ringgit bukan bermakna rawatan dan ubat yang saudara dapat itu bernilai RM 1 tapi ratusan ringgi malah ribuan ringgit. Tahukah saudara, segala pembelanjaan tersebut adalah dari kerajaan untuk rakyat Malaysia dan juga dari duit pembayar cukai rakyat Malaysia termasuk saya. Tak perlu ambil pun jika takmau. Sememangnya hidup saudara membazirkan. Apa saudara mahu jawab dalam kubur?
Saudara kufur nikmat.
3. Jangan bangga dengan kelakuan tak cerdik dan menjengkelkan dengan memberitahu semua orang di facebook. Tindakan saudara memalukan seluruh umat Islam di negara ini.
4. Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda: “Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).
Satu lagi hadis Rasulullah S.A.W bersabda, “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim)
Saudara 'jahil' tentang konsep tawakkal dengan hanya berdoa tanpa berusaha mengambil ubat. Menurut Imam Ibn Qayyim, orang yang menolak untuk berubat sebenarnya bercanggah dengan konsep tawakkal. Tawakkal tanpa ikhtiar bukan konsep sebenar tawakkal. Maka ubat yang kita berikan itu adalah ikhtiar untuk merawat di sampingkan dengan berdoa. InsyaAllah akan diberi kesembuhan.
Semoga surat terbuka dari saya dapat membuka hati saudara SS ex-inteam, artis suam-suam kuku yang buang ubat supaya sedar dan memberi pengajaran juga kepada seluruh netizen.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Dr Ahmad Zakimi Abdullah aka Dr Zek
Doktor Yang Terkilan

No comments:

Post a Comment