Ini Sebab Kenapa Pegawai Farmasi Tanya Nama Sebelum Beri Ubat Pada Pesakit. - Mak Cik

Tuesday, 20 February 2018

Ini Sebab Kenapa Pegawai Farmasi Tanya Nama Sebelum Beri Ubat Pada Pesakit.

Oleh : Harima Abd Rahman
 
Siang tadi, saya dispens (bagi) ubat dekat satu lelaki yang berpakaian kemas. Tengok pada slip ubat, seperti untuk anaknya. Ada antibiotik dan ubat demam sirap.

Sebelum saya bagi ubat tu, saya tanya nama dulu. "Nama apa ya, anak encik ni?"

"Tuuuu, ada tulis kan situ?"

"Ya. Nama apa ditulis ni?"

"Baca la."

"Tak, encik. Saya nak dengar dari mulut encik sendiri."

"Nadiya."

Saya angguk. Baru, saya nak meneruskan bagi ubat ubat tu, tiba tiba dia berkata.

"Eleh, bagi ubat je pun."

Saya tengok dia. "Celaka anjing, beruk ni!" Saya ucap dalam hati.

Kerana saya professional dan Teras Perkhidmatan Pelanggan KKM masih lagi tersemat dalam hati, saya tak luahkan apa yang terbuku dalam hati saya. Sebaliknya, saya terus senyum dan bagitahu kepadanya macam mana nak makan dengan betul ubat ubat anak dia tadi.

Sampai sekarang saya ada rasa panas lagi dengan brader tadi. Harap saja pakai baju kemeja. Tapi sombong macam anjing. Tak pernah lagi saya menerima penghinaan macam ni. Padahal, bukan payah sangat nak sebut nama anak dia. Sepatutnya kau dulu masa nak bagi nama anak bukan main belek buku 1000 Nama Nama Anak Dalam Islam tu, kau patut bangga sebut nama tu.

Tapi takpelah. Saya nak tanya korunk pula ni.

Pernah tak korunk pergi mana mana klinik kerajaan, lepas tu masa nak ambik ubat ada makwe pakai baju kot putih tanya, "Ya encik. Ubat untuk siapa ni? Nama apa?"

Lepas tu kau rasa, "Amende minah ni? Kan dah ada tulis situ." Kau pun, sebab nampak makwe ni cantik, kau pun bagitahu la nama kau sambil gelak gelak. Sebab kau rasa dia tak pandai baca nama dekat slip ubat tu?

Apa kau rasa? Agak agak makwe yang bagi ubat tu saja saja ke tanya nama? Dia tak pandai baca?

Mari saya cerita sikit. Kenapa orang orang farmasi suka tanya nama bila nak bagi ubat.

Sebenarnya dia orang bukan tak pandai baca, cuma diorang nak pastikan orang yang ambik ubat tu adalah orang yang betul.

Kadang kadang, dia mahukan orang yang ambik ubat tu sendiri bagitahu nama pesakit untuk ubat tu. Ada yang kalau farmasi tanya, "Ubat untuk Siti Nurhaliza Shafie ke?" Kita akan angguk saja walaupun kita tak dengar. Sebab, kita nak cepat. Nak urusan dekat klinik ni cepat setel. Nak sambung main Mobile Legends pulak.

Jadi, kalau kau sendiri yang bagitahu nama tu, sekurang kurangnya farmasi tu tahu yang dia bagi ubat dekat orang yang betul.


Ini bukan macam dekat Starbucks. Kalau nama salah pun, takde hal. Paling cikai pun, kau mungkin tertukar air yang lebih murah. Atau salah eja dekat cawan. Itupun, kau dah nak tarik muka.

Ini ubat tuan puan. Bila sebut ubat, dia melibatkan kesihatan dan nyawa. Ubat untuk pesakit darah tinggi tak sama dengan untuk pesakit sawan. Orang demam tak sama ubatnya dengan ubat untuk orang buasir. Malah, kalau darah tinggi dengan darah tinggi pun ubat ubat dia berbeza. Tak percaya, kau petik satu ubat darah tinggi jiran kau, bandingkan dengan ubat mak kau. Sama tak?

Berbalik pada nama tadi. Kenapa penting sangat? Sebab macam saya kata tadi la, nak bagi ubat ni dekat orang yang betul. Supaya tak tertukar. Saya pernah ada kes. Dia bagi slip ubat tu. Bila kita dah selesai packing ubat, label apa semua. Kita pun tanya dia. "Ubat untuk sape ni? Mak ke? Nama apa?"

Lepas tu dia jawab Fatimah. Saya tengok dekat slip, nama Esah. Saya minta dia jumpa doktor balik, tanya ini slip ubat siapa. Rupa-rupanya doktor silap bagi slip. Dan yang dasyatnya ubat tu tak sama langsung. Ubat makcik Esah tu siap ada ubat untuk cair darah. Sedangkan mak dia tak perlukan pun ubat tu.

Macam mana kalau hari tu saya tak tanya nama, dan balik rumah Makcik Fatimah tu makan terus ubat cair darah tu. Kau suka tengok mak kau batuk berdarah? Kencing berdarah?

Amacam? Jadi, kalau kau ambik ubat tu kalau orang tanya nama bagitahu je nama. Bukan dia tak pandai baca. Ini untuk keselamatan juga. Bukan payah pun sebut nama. Tak habisnya air liur kalau setakat nak sebut Puteri Farah Alisya Farhana Natasya binti Firdaus.

No comments:

Post a Comment