10,000 perkongsian di laman Facebook! Begitulah tularnya luahan dari seorang netizen yang dikenali dengan nama Wan Amiasyazlia Meor.
Individu itu menulis mengenai sikap sesetengah perempuan yang enggan mempertahankan hak mereka apabila ditindas dan sikap sesetengah lelaki yang sesuka hati menindas kaum wanita di tempat awam, misalnya isu gerabak wanita dalam KTM.
Umum tahu sesetengah gerabak keretapi dikhususnya kepada wanita atas alasan keselamatan, keselesaan dan keperluan ibu untuk menyusukan anak.
Bagaimanapun masih lagi terdapat dikalangan lelaki yang enggan mematuhi arahan semudah ini malahan lebih teruk apabila sanggup merampas hak tersebut dari kaum wanita dengan duduk beramai-ramai di gerabak wanita.
Wan yang melihatkan perkara itu tampil menegur dan membetulkan perkara itu namun malangnya dia bersendirian apabila kaum-kaum wanita yang dibelanya tampil tidak sama-sama bersuara mempertahankan hak masing-masing.
Untuk luahan penuh dari Wan Amiasyazlia Meor, sila baca penulisan dibawah ini;
Oleh : Wan Amiasyazlia Meor
AKU BENCI PEREMPUAN DIAM
Aku benci perempuan yang diam bila hak dia dirampas. Aku benci dengan perempuan yang tak reti nak pertahankan hak mereka sendiri. Dan aku benci dengan perempuan yang masih membatu sangat mereka tahu diam mereka itu memberi kesan yang lebih teruk di kemudian hari.
Tak perlu la aku ambil contoh berat. Simple je senang kata tadi aku baru je lepas merambat 10 lelaki dari train KTM ladies coach. On my way nak balik rawang daripada shah alam dengan Wan Nurain Meor. Seat ladies coach full. Full dengan lelaki lelaki but at the same time perempuan berdiri (termasuk aku) okay tak pe lagi.
Tapi aku start panas hati bila sorang akak ni pegang baby. Baby dia mengamuk. Akak ni nak breastfeed kan baby tapi jejantan sekalian ni bukan main lagi dok tengok. Terkial kial akak tu nak handle dengan anak meragam. N lelaki as audience. Eh boleh buat muka bangang abadi pulak jejantan ni. Kita bagi chance lelaki ni duduk sambil tu kita pandang direct je. Sampai station subang jaya. Aku dah tak tahan. Makin ramai pulak lelaki yang masuk and buat do no je.
And i start to go in the middle of crowd. Elok je aku cakap suruh p transfer coach sebelah. Eh ade pulak sorang ni menjawab.
Lelaki 1 : "Apehal pulak nak bangun. Semua orang pon ada. Lantak biar la. Semak."
Jawab dia sambil tu takda seketul pon lelaki yang berganjak.
Me : "Dah ada tulis dekat atas tu. Lambang pon ada. Tak reti baca ke or buta? Sini tempat perempuan. Awak ni perempuan ke?"
Lelaki 2 : "Menyibuk punya perempuan. Bising je"
Lelaki 1 : "biar dia. Bodoh bising punya perempuan"
bontot tu ta gerak lagi tu. berdesing telinga aku. Dan aku dah tak tahan dengan amarah aku. Betapa dangkalnya adab lelaki lelaki ni. Aku dah tak rasa cakap baik baik akan berjaya alih bontot mereka ni.
Me : "kau bangun sekarang ! Tak payah nak buat bodoh. Ni tempat perempuan. Kau bangun sekarang ! Kau pergi belah sana."
Suara aku dah start tinggi. Masa ni coach sebelah pon boleh dengar. Semua pandang aku. Yep. Nampak la macam aku start cari pasal. Tapi kalau dah macam ni keadaan nya. Aku tak kisah dah.
Me : now ! Bangun sekarang ! 1, 2, 3, 4, (ada 4 orang lelaki) and kau bawak sekali yang dekat hujung sana tu. (Another group of man)
Lelaki 1 : "kau pergi la cakap sendiri. Bodoh je bising"
Me : "eh da buat salah tak tau malu lagi. Nak panggil orang bodoh dasar bangang !"
They start to move. Tapi mulut carutkan aku kalah p**i ayam. Semua perempuan cuma pandang aku. Aku benci sebab tak ada seorang pon perempuan lain yang berani nak stand with me, pertahankan sesuatu kelayakan yang #KeretapiTanahMelayu dah anugerahkan buat perempuan. And korang perempuan biar je saat lelaki memaki aku (perempuan yang cuba pertahankan sesuatu yang merupakan hak korang jugak !) Sebab korang diam la dorang makin berani. Sebab ada lelaki dalam tu la lelaki lain masing masing rasa tak salah dok dalam tu. Sebab sikap ignorant korang la membiak dan makin membesarkan sikap ignorant lelaki ni. Jadi apa guna nya ladies coach kalau korang pon sama tak pertahan kan? Jadilah perkataan "ladies coach" dan lampang kartun perempuan pink tu hanya sebagai sembang rakyat.
Sambil geng 4 orang ni gerak. Aku pon gerak sekali sebab nak pi slow talk dengan satu group lelaki yang dekat hujung tu pulak. (Foreigner bangladeshi rasanya)
Me : "excuse, can all of you transfer to other coaches? This coach is for ladies only."
Takde cakap ape geng bangladeshi terus blah. Tersipu sipu je sengih nampak gigi.
Bila tengok balik tempat first tadi. Kakak tu tengah breasfeedkan baby dia. Diam dah budak tu. And tempat yang lelaki lelaki ni duduk semua dah ada orang duduk (perempuan).
Dan sepanjang panjang perjalanan untuk sampai, hanya aku je yang bersuara tiap kali ada lelaki nampak selesa je selamba badak di coach perempuan. KECUALI MASA...
Sampai dekat station kuala lumpur, punya la ramai lelaki buat bangang. seorang pakcik buta sebelah mata jadi my hero for today. Dari hulu coach sampai hilir coach perempuan ni dia kutip jejantan jongos dan halau depa soh pergi coach biasa. Beberapa kali pulak tu dia jalan dari hujung ke hujung.
To you pakcik, THANK YOU HERO
Yang aku bulatkan tu gambar my hero for today. 😎😎😎
*************************edited*************************
Nota kaki : ada insan yang pm mengatakan nama HERO aku tu En. RASHID dan dia mmg akan selalu buat macam tu masa dia dalam train ktm. And now dah ada polis bantuan yang round dalam ktm (bukan hanya di station tertentu) untuk halau mereka yang tak berkenaan. At least ada tindakan susulan posting saya (Dear ladies, polis dan lelaki baik bukan superman nak selalu ada dimana mana korang berada. Kadang tu bila mereka tak ada takkan kita rela ditindas je. Padahal kita juga mampu mempertahankan sesuatu. Kalau tak mampu buat untuk orang lain. Sekurangnya buatlah demi diri sendiri) perempuan biar lembut tapi tegas ! bukan lembik.
Nota kaki : ada insan yang pm mengatakan nama HERO aku tu En. RASHID dan dia mmg akan selalu buat macam tu masa dia dalam train ktm. And now dah ada polis bantuan yang round dalam ktm (bukan hanya di station tertentu) untuk halau mereka yang tak berkenaan. At least ada tindakan susulan posting saya (Dear ladies, polis dan lelaki baik bukan superman nak selalu ada dimana mana korang berada. Kadang tu bila mereka tak ada takkan kita rela ditindas je. Padahal kita juga mampu mempertahankan sesuatu. Kalau tak mampu buat untuk orang lain. Sekurangnya buatlah demi diri sendiri) perempuan biar lembut tapi tegas ! bukan lembik.
Buat mereka mereka yang memanggil saya sebagai perempuan kurang adab, penipu, kaki sembang, kuat gado dan yg mengatakan saya yang mula kan perang mulut tu. Its totally okay for me kalau anda semua nak fikir saya macam apa or nak panggil saya sebagai apa. Anda kan hakim dunia. Janji saya tahu apa yang saya buat. Saya lindungi kaum saya semampu saya. Saya jaga aurat seorang ibu yang nak susukan anak semampu saya. And i got no regret for that. Allah know my intention and reason behind my rage.
Terima kasih sebab viralkan posting saya ni. Saya pun tak jangka viral sebesar ni dan saya tak minta. Mulanya just nak suarakan rasa kecewa saya pada diam nya kaum sendiri. Tapi korang sampai bergaduh pulak lelaki perempuan. Adoi. Tapi sekurang nya sekarang KTM dah ambil tindakan sepatutnya. So harap korang stop la bergaduh ni. Lain kali kalau nampak benda tak betul depan mata. Terus je tegur. That is how kita nak menuju adab, akal fikiran dan minda kelas pertama.
No comments:
Post a Comment