Ini Sebabnya Kenapa Proton Tak Guna Enjin Petronas. - Mak Cik

Tuesday, 20 February 2018

Ini Sebabnya Kenapa Proton Tak Guna Enjin Petronas.

Oleh : Siakap Keli

Baru-baru ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri MahaleelTengku Ariff telah mendedahkan bahawa  Proton pernah mempunyai perancangan yang rapi untuk pelbagai model menarik dan mengikuti arus teknologi ketika itu.

Memetik screenshot yang dimuatnaik oleh Muhammad Nor Fazli, beliau mendedahkan perkara ini menerusia laman Facebooknya bersama beberapa keping gambar kenderaan yang dikatakan telah berada dalam perancangan proton ketika itu namun, tidak dapapt direalisasikan.

Antara idea-idea yang menarik itu ialah model Gen2 dengan bentuk Wagon yang direka khas oleh Russel Carr yang kini bekerja sebagai Ketua Bahagian Rekaan Lotus Cars. Selain itu, lukisan model yang berkonsepkan GX-MPV dan sebuah lagi model oleh Edag Zawawi yang menunjukkan alternatif mampu menjadi MPV pertama Proton sebelum Exora dipasarkan.


Menurut Tengku Mahaleel juga, Tengku Djan pernah terlibat dalam satu projek Sepang, untuk menghasilkan kenderaan sukan pertama Malaysia. Model ini membawa persamaan dengan Lotus Europa dan bagi mereka yang pernah ke Kuala Lumpur International Motor Show 2010 pasti masih ingat dengan model berkonsep Lekir.

Beralih pula kepada platform SRM (Model Pengganti Satria) yang digunakan untuk Satria Neo, ia juga boleh menjadi asas kepada pelbagai model termasuk sedan empat pintu, hatchback lima pintu, model dengan bumbung boleh buka dan juga MPV.

Sama juga seperti Satria generasi pertama, varian GTi juga sebelum ini sedang dibangunkan untuk Satria Neo generasi kedua, bersama versi lumba. Walaupun Satria Neo GTi akhirnya tidak menjadi kenyataan, model yang menggunakan enjin CPS ini ada menerima peningkatan gaya seperti GTi dan versi R£ seperti Lotus Racing.

Semasa enjin CamPro masih digunakan, Proton sudah pun sampai dalam proses menguji barisan enjin baru (NEF), yang termasuk unit 2.2 liter dan V6 3.0 liter. Menurut Tengku Mahaleel, enjin ini “lebih baik, lebih murah dan lebih berkuasa berbanding enjin Petronas.”

Beliau juga menambah bahawa enjin V6 itu direka supaya pada masa hadapan ia boleh dikecilkan kepada tiga silinder sekiranya perlu. Selain itu, bagi unit V6 pula – yang boleh dipasang dengan supercharger – didakwa boleh menjadi peneraju untuk pelbagai aspek, dan mempunyai kuasa lebih 400 hp.

Selain perancangan model ini, Tengku Mahaleel turut mendedahkan gambar kewangan pendapatan unit jualan dan keuntungan yang dicatat oleh beberapa pengurusan Proton sebelum ini, dari tahun 1985 hingga 2011.





















No comments:

Post a Comment