Al-Fadhil Ustaz Amru Alhaz bin Adnan Al-Hafiz, Pegawai JAKIM yang juga bertugas sebagai salah seorang Imam Masjid Negara menyeru agar netizens berhenti mencerca dan menghina Datin Rozita, tertuduh yang didapati bersalah selepas mencederakan amahnya dua tahun lalu.
Mengikut pertuduhan pilihan, Rozita didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan sebilah pisau berhulu biru, sebatang pengelap lantai, sekaki payung, sebatang rod besi berwarna biru, sebatang alat mainan kucing dan penyangkut baju berwarna putih yang digunakan sebagai senjata untuk menyerang.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara dekat sini antara pukul 7 pagi dan 12 tengah hari, 21 Jun 2016.
Pada awalnya, Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama lima tahun dan membayar jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah selepas Rozita menukar pengakuan bersalah terhadap pertuduhan pilihan di Mahkamah Sesyen Petaling Petaling Jaya, 15 Mac lalu.
Bagaimanapun keputusan oleh Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar itu mendapat kritikan meluas netizens dan ramai mempersoalkan hukuman ringan yang dikenakan ke atas tertuduh.
Namun pada semalam Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd. Majid Tun Hamzah memerintahkan hukuman penjara lapan tahun ke atas tertuduh selepas membenarkan permohonan semakan terhadap hukuman yang difailkan oleh pihak pendakwaan.
Justeru itu Datin Rozita dipenjarakan serta merta selepas hukuman dibacakan di dalam mahkamah.
Hukuman penjara lapan tahun itu turut menerima pujian dan respon positif dari netizens yang mengikuti perkembangan kes. Tak kurang juga yang meneruskan cacian dan kecaman ke atas Datin Rozita kerana bersikap kejam terhadap pembantu rumah sendiri.
Bagaimanapun, guru kepada Datin Rozita, Al-Fadhil Ustaz Amru Alhaz bin Adnan Al-Hafiz ada sedikit pandangan yang berbeza mengenai Datin Rozita. Baca penjelasannya dibawah ini;
Oleh : Amru Alhaz
Datin dipenjara 8 tahun - Hentilah mencerca dan menghina
Harini saya rasa terpanggil untuk menulis tentang isu yang sedang panas sejak seminggu. Rata-rata beribu komen semuanya menghentam, menghina dan menghukum Rozita disebabkan tindakannya mendera amah sehingga cedera parah.
Tidak kurang netizen yang berasa puas setelah hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun bermula hari ini.
Saya bukanlah menulis untuk membela tindakan yang dilakukan oleh Rozita, yang salah tetap salah cuma dari satu sudut eloklah kita bermuhasabah dan mengambil iktibar bahawa ujian Allah SWT kepada hambanya bermacam-macam dan ada hikmah setiap aturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Dialah yang mengetahui segala rahsia. Kadangkala satu ujian yang ditimpa kepada seseorang hamba itu bertujuan untuk mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Kita boleh ambil contoh dan pengajaran daripada kisah Nabi Musa AS dalam surah al-Qasas ayat 15-16 dimana baginda pernah memukul seorang pemuda dari bangsa Qibti sehingga mati disebabkan hasutan daripada Syaitan.
Kemudian baginda berdoa memohon keampunan dan diampunkan oleh Allah SWT. Akhirnya Allah SWT memuliakannya dengan mengangkat Nabi Musa AS menjadi seorang nabi.
Saya mengenali Rozita ini kerana beliau adalah salah seorang pelajar yang bertalaqi al-Quran dengan saya. Jangan disebabkan satu kesilapan yang dibuat sehingga kita lupa beribu kebaikan yang pernah dibuat.
Sepanjang saya mengenali Rozita ini sebagai salah seorang daripada puluhan pelajar, dia adalah seorang wanita yang amat baik. Dia merupakan pelajar talaqi al-Quran saya selama dua tahun. Dalam kelas dia merupakan pelajar yang sentiasa hadir awal dan duduk di hadapan untuk menuntut ilmu.
Setiap kali bulan Ramadhan wanita inilah antara jemaah yang terawal menghantar kurma ke masjid-masjid termasuk Masjid Negara.
Ketika saya ke Satun Thailand, wanita ini jugalah yang menyumbang wang terbanyak untuk kerja pembinaan surau di sana. Pada bulan Ramadhan beliau sangat rajin ke masjid dan mengikuti qiamullail.
Ya, mungkin peristiwa yang terjadi ini merupakan titik hitam bagi Rozita, kadangkala tidak terlintas di benak kita untuk melakukan satu tindakan yang kita pun tidak sangka.
Saya tidak ingin mengulas tentang kes kejadian dera ini kerana telah dibicarakan dan diputuskan mahkamah. Media mensensasikan berita untuk melariskan akhbar dengan gelaran “Datin” sedangkan selama kami mengenali Rozita dia tidak ada apa-apa gelaran dan belum berkahwin.
Sebagai seorang guru, saya ada berhubung dengan Rozita beberapa hari lepas dan memberi sedikit semangat untuk beliau tabah menghadapi ujian.
Walaupun Rozita dicerca atas kesilapannya setidak-tidaknya dia mengakui kesilapannya,sudah bermaaf-maafan dengan amah yg dipukul, banyak merintih dan mengadu nasibnya kepada Allah SWT barangkali kedudukannya kini lebih tinggi di sisi Allah SWT berbanding kita yang tidak habis mencemuh ntah tidak tahu nasib kita bagaimana dan apa ujian yang akan bakal kita tempuhi...
Friday, 30 March 2018
Home
Islam
Jenayah
Berhentilah Mencerca Dan Menghina Datin Yang Dipenjara Lapan Tahun Kata Ustaz Amru Alhaz.
Berhentilah Mencerca Dan Menghina Datin Yang Dipenjara Lapan Tahun Kata Ustaz Amru Alhaz.
Tags
# Islam
# Jenayah
About wes
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Jenayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment