LUAHAN seorang ibu yang dikenali dengan nama Puteri Fazeera berkongsikan kesedihan hatinya apabila kehilangan anak yang hanya berusia 34 hari baru-baru ini.
Menurut ibu berkenaan, bayinya kehilangan nyawa selepas doktor mendapati ada jangkitan kuman di dalam paru-parunya.
Sungguhpun telah membawa anaknya untuk rawatan susulan beberapa kali di beberapa buah klinik namun pihak doktor yang memeriksa anaknya mendapati tiada apa-apa yang harus dicurigakan.
Menurut Puteri Fazeera lagi, beliau menasihati agar ibu bapa diluar sana hanya menghantar anak ke pakar kanak-kanak dan tidak lagi menghantar ke klinik biasa agar tidak berulang lagi kejadian yang menimpa ke atas dirinya.
Luahan tular Puteri Fazeera ini dikongsikan lebih dari 21,000 dan rata-rata netizens menzahirkan perasaan simpati dan sayu ke atas keluarga itu.
Oleh : Puteri Fazeera
Assalamualaikum, Al-fatihah buat wildan syurgaku. Ummi rindu sangat kat awak sayang. Ummi tahu awak lagi bahagia & tenang kat sana disamping malaikat yang menjaga. Syukur hari ni diberi sedikit kekuatan untuk meluahkan & berkongsi cerita.
Raid anak ummi yang kuat. Raid murah senyuman walaupun hakikatnya Raid tengah sakit Raid tak pernah tunjuk yang Raid sakit, tak pernah sedikit pun demam dan lain-lain. Pesanan untuk ibu bapa & bakal ibu bapa di luar sana kalau anak/baby nafas berbunyi mcm berkahak/berdengkur walaupun dah berkali pergi klinik untuk check lebih baik refer pakar kanak-kanak dengan segera!
Raid mimpi indah & selalu tersenyum
Tak lama lepas kelahiran nafas Raid berbunyi berkali kami pergi klinik untuk check sebab risaukan pernafasannya. Tapi doktor tetap kata paru-paru Raid ok. Raid tak selsema, Raid tak demam everything ok. Jawapan yang sama bila pergi klinik lain..
Subuh hari jumaat 9/2/2018 jam 5.3O pagi Raid nangis sebab nak dipegang & bawak jalan-jalan sampai tertidur dan diletak semula kat tilamnya, 30 minit saja terlelap, bile trjaga pukul 6 tengok Raid dah longlai mengiring hidung berdarah + lendir, 1 badan pucat dan tidak sedarkan diri. Masa tu nadi memang dah takde, sementara perjalanan kami tetap usaha berkali beri bantuan pernafasan kat mulut Raid yang keluar lendir + darah dekat hidung.
Pergi emergency klinik kesihatan tutup, then pergi emergency hospital waqaf. Doktor usaha sedaya upaya, masa tu hanya berdoa agar Allah beri keajaiban. Doktor sahkan Raid dah takde, sampai-sampai bacaan jantung Raid dah flat. Bermaksud Raid memang takde sebelum sampai situ, doktor tak tahu ape punca Raid meninggal dan doktor syak Raid tersedak susu sebab lebihan susu keluar bersama darah+lendir then suruh buat police report.
Polis buat order posmoterm katenye sekarang KKM wajibkan ke atas kanak bawah 5 tahun. Sampai di jabatan forensik HSI doktor tanya dari awal-awal sampai akhir apa yang berlaku, doktor cakap boleh tarik order posmoterm kalau taknak, tak sanggup dengan menyakinkan pihak polis yang buat order posmoterm tu agar tarik balik.Sebab kami tak sanggup membayangkan Raid dibedah sana sini. Apa pun sebab kami redha dan tak akan tuntut apa-apa dari mana-mana pihak.
Kami terima kalau betul atas kecuaian kami sampai Raid tersedak susu dan tak akan memaafkan diri sendiri! Pihak polis tetap berkata dia takde kuasa even doktor kate hanya polis tu saja berkuasa dan cara lain pergi mahkamah tapi prosedure yang agak makan masa lame. Ada hikmahnya banyak sangat halangan masa nak tolak untuk dibuat postmorterm.
Selepas siap postmorterm doktor sahkan Raid terkena jangkitan kuman kat paru-paru. Doktor kata kalau tersedak susu takkan keluar DARAH! Masa tu yang terlintas di fikiran kami hanya "nafas berbunyi!" selama ni.
Selama ni doktor check paru-paru normal?? Paru-paru Ok?? Raid sihat je?? Ya Rabbi, kami redha ya Allah segalanya mungkin dah tertulis Raid pinjaman sementara buat kami. Memang kalau diberi peluang untuk undur balik masa ummi dan baba akan buat yang terbaik untuk Raid. Tapi Raid kuat, Raid tak tunjuk langsung yang Raid sakit, Raid selalu senyum seolah Raid sihat walafiat!
Birthday ummi (7/1/2018) mase ni Raid usia 2 hari sambut birthday dengan ummi . Terima kasih semua. Terima kasih sponsor kek kami.
Baju ni baju pertama raid pakai & baju ni jugalah baju terakhir raid pakai..
Peringatan untuk ibubapa diluar sana jangan ambil mudah kalau baby "nafas berbunyi" pergi refer PAKAR KANAK-KANAK SEBELUM TERLAMBAT! Kami share disini agar ibubapa kat luar sana boleh berhati hati dn supaya tak rasa keperitan kehilangan anak macam kami alami. Perit yang teramat!
Raid dapat hadiah tapi tak sempat buka & raid tak sempat nak guna
Lebih-lebih lagi penantian kami inginkan zuriat agak makan masa sedikit lama bila dah merasa menimang cahaya mata sendiri seketika kami diberi ujian sebegini. PERIT YANG TERAMAT SANGAT! RAID ANAK UMMI BABA. TUNGGU UMMI BABA DISANA YE SAYANG..
AL-FATIHAH anak syurgaku MUHAMMAD RAID FAWWAZ BIN MOHAMAD RAZIF, hadirnya Raid seketika seolah olah mimpi yang sangat INDAH buat kami. Segalanya kini tinggal kenangan.... - SoZPress.
No comments:
Post a Comment