13 Jenis Makanan Yang Dilarang Dijual Di Kantin Sekolah Mulai 2018. - Mak Cik

Tuesday, 13 February 2018

13 Jenis Makanan Yang Dilarang Dijual Di Kantin Sekolah Mulai 2018.

TAHUKAH anda Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Kementerian Kesihatan Malaysia telah bekerjasama dalam menyediakan garis panduan yang tepat bagi setiap pengusaha-pengusaha kantin di Malaysia untuk hanya menjual makanan yang menyihatkan dan SEMULAJADI untuk dibeli oleh murid-murid sekolah mulai tahun 2018?

Menurut laporan The Malaysian Insight, makluman mengenai garis panduan dan larangan itu juga telah dimaklumkan kepada Malaysian Seafood Industries Association / Persatuan Industri Makanan Laut Malaysia pada 17 Januari lepas supaya semua pihak menyedari akan perubahan polisi yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gambar - Google
Kementerian Pendidikan memaklumkan polisi baru itu sejajar dengan peraturan-peraturan makanan 1985.

Mengulas mengenai perubahan polisi itu, Persatuan Industri Makanan Laut Malaysia menegaskan kesemua makanan yang dibuat oleh industri itu adalah 'menyihatkan dan selamat untuk dimakan'.

Manakala The Malaysia Foodstuff and Toy Merchant’s Association pula dilaporkan berkata, polisi baru yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan adalah sangat ketat dan tegas, dan mempersoalkan apakah yang tinggal lagi untuk dimakan oleh anak-anak sekolah ini.

Gambar - Google
Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Dan Morbiditi Kebangsaan 2016 mengatakan;

- 28% kanak-kanak yang berusia di antara 23 bulan hingga ke 12 tahun di kawasan Putrajaya mempunyai masalah kekurangan zat makanan yang sangat kronik.

- Kajian di peringkat nasional pula mendapati 20.7% kanak-kanak bawah 5 tahun mempunyai masalah pertumbuhan kerana kekurangan zat makanan.

Dan berikut adalah 13 jenis makanan yang dilarang dijual di kantin-kantin sekolah;

1. Fishball - bebola ikan
2. Meatball - bebola daging
3. Fish cake - kek ikan
4. Seafoodball - bebola makanan laut
5. Nugget 
6. Sate ikan
7. Keropok-keropokan
8. Jeruk-jerukan seperti pelam
9. Semua jenis gula-gula/manisan
10. Minuman 3 dalam 1 seperti kopi dan teh
11. Makanan segera seperti Maggie
12. Burger
13. Kentang goreng

Kementerian Pendidikan berpendapat penjualan makanan tersebut adalah tidak menyihatkan, mengemukkan dan tiada zat makanan.


Apakah ibu bapa boleh membuat aduan andai anak-anak masih lagi membeli makanan seperti di atas jika ianya dijual di kantin-kantin sekolah?

Jawapannya adalah YA.

Setiap anak-anak harus diberikan peluang untuk makan secara sihat dan membesar dengan cergas. Awasi apa yang anak-anak anda makan di sekolah kerana fizikal dan daya kecerdasan mereka adalah apa yang mereka makan. - SoZPress.

No comments:

Post a Comment