Isu Milo & Kesihatan, Doktor Tampil Jawab Nestle Dan PPIM. - Mak Cik

Thursday 8 February 2018

Isu Milo & Kesihatan, Doktor Tampil Jawab Nestle Dan PPIM.

Isu Milo Belum Habis
Sini saya nak bagitau cara pengiraan tepat, respon pada jawapan dari pihak Nestle dan PPIM melalui tabloid Malaysia Kini. Saya taklah pandai sangat matematik dan sains tapi sekadar memberi jawapan balas saja.

Jawapan mereka sangat mengelirukan kerana dibincangkan dalam kadar peratusan. Berbunyi begini "Walaupun ia mengandungi 40 peratus gula, apabila dibancuh kandungan itu hanya tinggal enam peratus sahaja. (Kadar) 40 peratus itu bila tidak dicampur air. Jadi sebenarnya hanya enam peratus gula sahaja yang masuk ke badan."
Baik, saya akan kira berapa banyak gula masuk dalam badan.
Satu hidangan = 5 sudu kecil = 30 gram Milo
Dari 30 gram Milo ada 12 gram gula = 40% gula (12 gram/30gram x 100).
Maka seperti yang dicadangkan untuk dilarutkan/dicampurkan 200 mililiter air. Akan menjadikan 6% gula dalam kepakatan air tersebut (12 gram/200 mililiter x 100; pengiraan mereka). Ini mengambarkan 0.06 gram atau 60 miligram bagi setiap 1 mililiter. Berapakah kandungan gula dalam 200 mililiter air? 12 gram gula juga kan. Kita telan semua.
Ok, kita larut lagi dengan 400 mililiter air maka jadi 3% gula. Berapakah kandungan gula dalam air tersebut? 12 gram juga.
Maka di sini saya simpulkan bahawa :
Satu hidangan = 5 sudu kecil = 30 gram Milo [12 gram (40%) gula] = larut air 100 ml (12%) atau 200 ml (6%) atau 400 ml (3%) = kandungan gula tetap 12 gram masuk dalam badan.
Banyak mana dibancuh dengan air, walaupun menjadikan minuman Milo semakin tawar tapi kandungan gula tetap sama (seperti gambaran lukisan saya dibawah).


Tu kalau satu hidangan. Kalau 3 hidangan sehari, 12 gram x 3 = 36 gram sehari masuk badan.
Oleh itu, mana mungkin kira dalam peratusan. Itu hanya kepekatan atau larutan saja. Bukan berapa banyak masuk badan. Simple sains dan matematik je tu.
Dikatakan hanya 20% saja gula dalam bentuk serbuk dan sebahagian 20% lagi adalah gula semulajadi dari susu, laktosa dan Malt. Tu semua sumber gula jenis sukrosa, laktosa dan maltosa adalah karbohidrate juga. Samalah.
Tu saya belum kira kalori lagi.
1 gram gula = 4 kalori. Kalau 12 gram satu hidangan berapa kalori? Ahh korang kira sendiri.


Itu cerita Milo kosong atau Milo '0'. Belum lagi yang ditambah gula kasar, susu pekat dan sebagainya. Ada pula yang lebih kreatif dalam masyarakat kita dengan Milo dinasour lah, Milo godzila lah, Milo tabur lah, Milo tonggeng lah dan macam-macam lagi. Tu lagi tak sihat.
Semua bergantung pada keinginan kita mahu sihat atau sebaliknya. Lebih gula buat kita tak sihat dan tak kuat. Tak perlu nak tarik KKM masuk ye Dato', saya dah jelaskan dah tu.
Bersederhana itu lebih baik. InsyaAllah badan sihat.
Dr Zek

No comments:

Post a Comment