Panduan LENGKAP Gaya Hijab Ikut Bentuk KACA MATA Buat Gadis Hijabi Saat BERCUTI - Mak Cik

Friday, 1 June 2018

Panduan LENGKAP Gaya Hijab Ikut Bentuk KACA MATA Buat Gadis Hijabi Saat BERCUTI


Tidak lengkap rasanya kalau sedang bercuti tanpa pemakaian kaca mata hitam. Bercuti di negara panas mahupun tika musim luruh menyebabkan kita wajib membawa kaca mata hitam bagi melindungi mata kita daripada teriknya mentari yang akan mengakibatkan kerosakan retina mata. Lebih daripada itu, wanita berhijab kini juga menjadikan kaca mata hitam sebagai aksesori penambah gaya agar tampak lebih menarik dan ‘trendy’.  Namun, harus diingat, ada beberapa tip yang anda harus ambil peduli sebelum mengenakan kaca mata ini. Sebagai menyemarakkan ‘mood’ bercuti anda. Ayuh, semak beberapa tip yang HIJABISTA kongsikan!

https://instagram.ftlv5-1.fna.fbcdn.net/vp/195b867f8cdb5762abca248d6153f78f/5BA96949/t51.2885-15/s750x750/sh0.08/e35/22582639_501511200225596_958761821454467072_n.jpg

1. Hijab Lilit

Jika anda memilih untuk memakai hijab lilit, anda boleh memakai kebanyakan bentuk kaca mata hitam kerana kainnya longgar, serta anda boleh mengubahnya mengikut kesesuaian kaca mata hitam tersebut.

https://instagram.ftlv5-1.fna.fbcdn.net/vp/c5e55acd9f5e8b0c96490bf064a1fc50/5BB84452/t51.2885-15/s750x750/sh0.08/e35/26153990_141999736442661_1109158240286932992_n.jpg

2. Hijab ‘Instant

Jika anda memilih untuk memakai tudung Syria atau Al-Amira hijab, elakkan daripada memakai kaca mata hitam berbingkai kecil kerana ini akan menyebabkan kepala anda kelihatan lebih besar. Namun, gaya tudung ini menyerlahkan bentuk wajah  anda.  Oleh itu, gunalah panduan pemilihan bentuk kaca mata hitam mengikut bentuk muka anda seperti berikut.

https://instagram.ftlv5-1.fna.fbcdn.net/vp/37ceb8339394c4657f54e431a5f2edd3/5BAC4DDC/t51.2885-15/e35/25023661_746519135549326_1085077153227210752_n.jpg

3. Hijab Bawal

Hijab empat segi sesuai dikenakan dengan kebanyakan bentuk kaca mata hitam , tetapi elakkan bentuk yang terlalu kecil atau segi empat sama supaya muka anda tidak tenggelam di dalam hijab tersebut.

https://instagram.ftlv5-1.fna.fbcdn.net/vp/e561d3d6372630767fc5e0aa7ef82e9b/5BC07574/t51.2885-15/s750x750/sh0.08/e35/22069321_176313762931902_1569699027862159360_n.jpg

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memilih kaca mata hitam yang menepati lebar muka anda supaya apabila hendak menanggalkan kaca mata hitam tersebut, hijab tidak ikut tertanggal atau terkeluar. Oleh itu, sangat penting untuk anda mencuba kaca mata tersebut dahulu sebelum membelinya.

EKSTRA TIP:


  • Gaya ‘classy’ hendak bersantai bersama rakan: Cermin mata hitam ala Paris Hilton menyerikan lagi wajah si hijabi.
  • Gaya hendak membeli-belah bersama ‘BFF’: Cermin mata ‘oversized’ dipadankan dengan tudung lilitan ‘turban’.
  • Gaya ranggi ketika mahu ke pesta atau bazar: Gaya gadis hijab ranggi. Cermin mata besar dan baju ‘camouflage’, ada gayalah! Ah, teknik samar yang pastinya terkesan ranggi!
  • Gaya si hijabi yang juga ‘hipster’: Gayakan kaca mata bulat ala John Lennon yang dipadankan dengan ‘turban’ ala Yuna. Memang ‘cool’!


https://instagram.ftlv5-1.fna.fbcdn.net/vp/14d4f48a775697d8942b0b14b423b619/5B8A4F3E/t51.2885-15/s750x750/sh0.08/e35/21227007_432670457133544_4258755597798735872_n.jpg\

Opps! Namun, haruslah pastikan bahawa anda menutupi dada dengan sehelai hijab lagi, ya?

P/S: Fabrik tudung daripada jenis sifon ketika bercuti satu pilihan yang bijak kerana teksturnya yang lembut, beralun dan ringan sentiasa memberikan keselesaan yang berpanjangan ideal dengan cuaca panas dan lembap. Anda yang memakainya pasti terlihat hebat dan bergaya, anggun serta terserlah personalitinya.


Sumber:http://www.hijabista.com.my/panduan-lengkap-gaya-hijab-ikut-bentuk-kaca-mata-buat-gadis-hijabi-saat-bercuti/

1 comment:

  1. Hello everyone..Welcome to my free masterclass strategy where i teach experience and inexperience traders the secret behind a successful trade.And how to be profitable in trading I will also teach you how to make a profit of $12,000 USD weekly and how to get back all your lost funds feel free to email me on( brucedavid004@gmail.com ) or whataspp number is +22999290178  

    ReplyDelete