Kandungan Gugur Kerana Krim Timbang Kilo Bermerkuri.. - Mak Cik

Thursday, 26 April 2018

Kandungan Gugur Kerana Krim Timbang Kilo Bermerkuri..

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Setiap wanita inginkan kulit yang cantik, putih dan berseri bagi menjaga penampilan diri di khalayak ramai.

Disebabkan sifat semulajadi inilah kaum wanita sering menjadi mangsa oleh sesetengah pengasas produk kecantikan yang tidak bertanggungjawab apabila tergamak menjual produk yang berbahaya kepada pengguna.

Ikuti pendedahan terbaru Khairul Yoi kisah seorang wanita yang keguguran angkara terjebak dengan pengambilan produk yang tidak selamat..


Oleh : Khairul Yoi


Kandungan Gugur Kerana Krim Bermerkuri

Ni lah dia. Ni lah. Yang abah duk pesan sampai tergeliat tulang2 jari tanpa bayaran langsung selama ni pasal krim kilo dan produk berbahaya ni sebab ni lah. Tak ada orang bodoh yang nak buat kerja tak bergaji macam ni. Tak ada orang bodoh yang sudi kena maki hamun dengan founder sebab londehkan produk diorang. Kau sanggup kena maki hamun? Berhentilah support produk berbahaya. Jadi pengguna yang bijak.

Ini kisah nasik dah jadi bubur. Bahana krim bermerkuri, sampai kandungan gugur. Jadikan ini satu pengajaran. Skuad, doakan kawan kita smoga beroleh zuriat. Dah kau jangan tibai telan produk ikhtiar hamil pulak. Tak pasal2 lain jadinya nanti. Cukuplah amalkan makanan yang sihat dan gunalah produk yang dijamin berkualiti dan selamat.

I've done my part, the choice is yours.









No comments:

Post a Comment