Oleh : Maya Amir
Pagi tadi, saya nak masukkan duit kat Maybank via cash deposit machine. Saya pergi Maybank yang pertama.
Ada 2 mesin. 1 mesin rosak. 1 lagi ada orang beratur. Pagi-pagi pun orang dah serbu bank. Nampak macam lama nak tunggu ni. Jadi saya tukar fikiran mahu pergi ke Petronas tak jauh dari Maybank tu. Saya tahu situ ada 1 cash deposit machine.
Masa nak masuk kereta, saya ternampak pakcik guard duduk tepi kaki lima. Saya agak dia guard Maybank. Masa tu lebih kurang pukul 7.15am. Mungkin baru habis syif. Tunggu geng syif siang barangkali.
Saya nampak dia pegang pen dan 1 kertas kecil. Khusyuk entah mengira atau menulis sesuatu. Kemudian, dia termenung panjang. Dari raut wajah, saya nampak dia sedang fikirkan sesuatu. Nampak kusut dan resah. Saya tak berani teka apa dia fikirkan.
Saya cuma tahu, riak wajah itulah riak wajah yang sama masa kami kecil-kecil, ketika hujung tahun abah kena sediakan kelengkapan sekolah kami adik beradik.
Riak wajah yang sama bila kereta abah asyik rosak-rosak. Riak wajah yang sama bila anak-anak abah masa kecil minta duit nak itu dan ini. Sama!
Sebab nak cepat, saya terus masuk kereta. Berdoa moga Tuhan mudahkan apa juga urusan pakcik guard tadi.
Asyik fikir pasal pakcik guard, alih-alih dah sampai Petronas. Alhamdulillah, cash deposit machine kat situ kosong dan lepas 2 minit urusan pun selesai.
Masa saya jalan ke kereta, saya nampak seorang abang sedang duduk atas lantai betul-betul tepi kereta saya. Abang tu pakai helmet. Ada 1 motor sebelah dia. Agak-agak mungkin abang ni dalam lingkungan umur 40an ke 50an.
Dia pandang saya. Masa nak buka pintu kereta, abang tu tegur saya, "Dik. Abang nak isi minyak motor. Boleh minta duit sikit?"
Saya pandang abang tu. Demi Allah, raut wajah yang sama penuh pengharapan. Ada riak malu tersembunyi di balik wajah dia. Allahu. Saya tak tahu apa masalah abang ini dan saya juga tidak mahu bertanya apa-apa.
At that moment, saya tahu Tuhan hantar watak pakcik guard dan abang di kaki lima berturut-turut pagi ini untuk saya belajar sesuatu.
Saya cepat-cepat ambil purse dalam kereta. (Saya tak bawa purse masa pergi CDM tadi). Ada 2 keping RM20 dalam purse. Saya ambil RM20 dan hulur pada abang.
Muka abang tu terkejut. Nampak mata berair. Saya hanya ikut kata hati dan hati saya percaya pada abang ni, dia benar-benar terdesak. Ulang kali dia cakap terima kasih. Saya senyum, cepat-cepat masuk kereta .
Dalam kereta, air mata mencurah-curah. Tak boleh tahan bhai. Sebab beberapa hari lepas saya agak sedikit down. Biasalah orang sales, perasaan turun naik tu normal.
Serabut fikir itu dan ini. Penat lelah badan ke sana sini. Ajaibnya, Tuhan bagi jawapan, hanya di kaki lima. Kalau kita rasa kita susah, cuba-cuba pandang ke bawah. Masih ramai lagi yang terkial-kial. Tuhan bagi ujian supaya kita belajar bantu orang lain yang dalam kesusahan.
Terima kasih Tuhan. Pelajaran hari ni cukup mahal.
Wednesday, 4 April 2018
Dik, Abang Nak Isi Minyak Motor, Boleh Minta Duit Sikit?
Tags
# Motivasi
About wes
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Motivasi
Labels:
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment