Oleh : Suhazeli Abdullah
BAHAYA BAKAR IKAN DALAM PEMBALUT ALUMINIUM?
Ada satu video petua kehidupan yang menayangkan penggunaan pembalut aluminiun semasa membakar ikan atau ayam mendatangkan bahaya kesihatan. Antara dakwaan mereka adalah zat aluminium tersebut boleh terurai sehinggakan penyebab kepada penyakit nyanyuk (Alzheimer’s Disease) dan beberapa penyakit lain. Tularan video dan tulisan tersebut sudah beredar sejak sekian lama.
Adakah benar dakwaan tersebut?
Satu kajian telah dijalankan oleh Ghada Bassioni dan rakan-rakan mengenai penilaian penggunaan pembalut aluminium dalam sajian makanan.[1] Mereka mendapati penggunaan suhu memasak yang tinggi melebihi 150 C boleh menyebabkan logam aluminium mudah terurai. Penguraian itu lebih cepat dengan hadirnya pengaruh dari beberapa faktor seperti bahan makanan dicampur dengan asam/asid/masin, makanan pedas dan tempoh memasak yang lama melebihi 1-3 jam. Kandungan aluminium yang mungkin diambil oleh seseorang yang memasak menggunakan kaedah ini telah melebihi kadar yang dibenarkan oleh FDA iaitu tidak lebih dari 1 mg/kilogram berat badan/sehari.
Namun perdebatan berlaku sejak berabad lamanya dikalangan para pengkaji samada jumlah yang sedemikian itu boleh menyebabkan penyakit Alzheimer (AD) atau penyebab kepada penyakit badan atau tidak? [2] Beberapa hujahan mereka yang berdebat dalam isu ini dengan memberikan info kajian yang menyatakan kes-kes yang berlaku dalam seberapa banyak lokaliti mendapati kes AD ini banyak berlaku dikawasan yang terdapat kandungan aluminium tinggi dalam sisitem air minuman mereka. Tetapi hujah ini disangkalkan oleh kumpulan yang menentang "Aluminium Teori" ini dengan menyatakan bahawa kenapa menyalahkan aluminium semata-mata?[3] Sedangkan dalam sistem air minuman, bukan sahaja air itu mengandungi logam aluminium. Malah patut dipersalahkan juga logam-logam lain yang menganggu sistem saraf otak (jika berlaku) sehingga menyebabkan AD seperti logam Zink, Plumbum, Besi dan lain-lain.
Terdapat juga kajian ke atas tikus yang menyatakan bahawa kandungan aluminium tinggi penyebab kepada kerosakan otak tikus makmal. Sekali lagi, kajian tersebut telah dipatahkan dengan kajian semula ke atas manusia, di mana sifat sel akibat aluminuim dalam tikus berbeza dengan sifat sel otak yang terdapat dalam manusia. Bahkan kajian-kajian tersebut juga mempunyai ketidakseragaman dari sudut pemilihan sampel dan bias yang tersendiri.
Buat masa ini perbahasan mengenai kandungan aluminium ini masih menjadi khilaf, samada boleh menjadi faktor risiko kepada penyakit-penyakit terutama AD atau tidak. Persatuan Alzheimer Kanada dan Kesatuan Alzheimer Antarabangsa telah membuat kenyataan rasmi bahawa aluminium BUKAN faktor risiko kepada penyakit-penyakit yang dibincangkan.[4] Malah pada tahun 2008 Pusat Kawalan Penyakit (CDC), unit toksikologi melaporkan beberapa kenyataan seperti berikut:
1) Walaupun terdapat pelaporan kemungkinan hubungkait antara aluminium dan penyakit sejak 40 tahun lalu, tetapi isu ini masih lagi menjadi tandatanya dan kontroversi dikalangan pakar-pakar berdasarkan bukti-bukti kajian terkini.
2) Terdapat sebilangan kecil kajian yang mengaitkan sejumlah masyarakat yang tinggal dikawasan yang tinggi kandungan aluminium dalam sistem air mereka, tetapi kajian tersebut adalah lemah. Bahkan terdapat juga kajian yang tiada signifikan prevalens penyakit AD dengan aluminium.
3) Ia dikuatkan lagi dengan kajian bahawa tiada kaitan signifikan berlakunya kes AD dikalangan penggemar air teh dan pesakit yang memakan ubat gastirk (antacid). Walupun diketahui umum bahawa air teh dan antasid mengandungi kandungan aluminium yang lebih tinggi berbanding dengan air minuman biasa.
Jika dilihat kembali penggunaan pembalut aluminium dalam penyediaan ikan bakar dan sebagainya, peratusan aluminium yang masih dalam bentuk logam itu terlalu sedikit dan tidak mendatangkan mudarat besar. Dengan syarat pembakaran menggunakan pembalut aluminium itu dimasak dalam tempoh yang sekejap (tidak melebihi 1 jam), suhu tidak melebihi 150 C, tidak dicampur garam/asam berasid semasa membakar, dan tidak dicampur ramuan pedas. Pembalut aluminium boleh digunakan untuk penyimpanan bahan makanan dalam peti atau pemerapan.
Pautan;
[1] Risk Assessment Using Aluminium Foil. 2012.http://www.electrochemsci.org/papers/vol7/7054498.pdf
[2] Dangerous cooking with aluminium foil. https://www.foodnetwork.com/…/myth-or-fact-cooking-with-alu…
[3] Link between Aluminum and the Pathogenesis of Alzheimer's Disease.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3056430/…
[4] Does Cooking with Aluminum Foil Put You at Risk for Alzheimer’s?
https://www.snopes.com/…/cooking-with-aluminum-foil-puts-y…/
Monday, 9 April 2018
Betul Ke Dakwaan Bahaya Bakar Ikan Dalam Pembalut Aluminium?
Tags
# Kesihatan
About wes
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Kesihatan
Labels:
Kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment