Sejak akhir-akhir ni hangat isu BERHENTI KERJA/RESIGN. Berbaloikah?
Salam perkenalan dari BEKAS PENJAWAT AWAM PPKP GRED U29. Atau lebih dikenali dengan jawatan INSPEKTOR KESIHATAN.
Ramai yang berhenti kerja hidup senang-lenang, berjaya dan mewah. Tak kurang juga yang merempat, menyesal dan mengais pagi makan pagi demi sesuap nasi.
Genap 3 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, suami pula genap 1 tahun. Masa ni aku partime buat kuih tapi penat sangat sebab anak dua-dua kecik. Dua-dua masih tak reti bertatih. Fuhh. Kehidupan bertambah berat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa pulang dari kerja. Cuti sakit selama 400 hari.
Disini bermulanya keperitan hidupku. Dirumah akulah ibu akulah bapa, akulah isteri akulah suami. Dulu masa suami sihat ada juga duit lebih sebab dia partime buruh kasar.
Sekarang memang zero lah. Harapkan separuh dari gaji U11 memang tak tertanggung. Pagi-pagi sebelum kerja, aku hantar anak ke taska. Kemudian aku akan ke tempat kerja punch card dan minta kebenaran bos keluar urus suami.
Aku akan balik siapkan suami untuk dibawa ke klinik terdekat bersihkan luka. Siap dia makan minum aku akan masuk kerja semula. Petang-petang balik kerja, selepas amik anak aku akan bawa mereka pusing-pusing dengan kerusi roda. Kesian juga suami bosan terperuk dirumah. Keadaan ini sukar kerana kami tinggal jauh dari kampung dan keluarga. Minta tukar balik kampung tapi tak ada rezeki.
Inilah Kekuatan aku dan inilah Kelemahan aku. |
Tapi aku lupa, jika kau tak berduit, secomel mana pun anak kau, sebagus mana pun anak kau, tak kan ada orang yang sudi jaga mereka dalam tempoh masa yang lama walaupun saudara mara. Aku betul betul terkesan dengan isu ini. Aku sempat belajar 6 bulan sahaja. Kemudian aku terminate walaupun ia sebuah impian besar. Dahla time tu suami terpaksa pinjam duit RM1k untuk bayar yuran pendaftaran pengajian aku. Maafkan aku.
Aku kembali bekerja seperti biasa dan uruskan anak-anak serta suami yang masih bersimen kakinya. Aku pinjam duit tabung di pejabat sebanyak RM2,000, campur duit gaji kami, campur simpanan dalam tabung haji dan aku ajak suami ke vietnam untuk beli barang niaga.
Jenuh jugak bawak dia dengan berkerusi roda, imegresen tanya macam-macam hihi. Aku bagi alasan bawak suami sakit ke sana untuk berubat haha. Suami boleh berdiri dan berjalan dengan kaki simen tapi tak boleh lama nanti sakit. Sukar jugak nak kemana-mana sebab kami tambang taxi motor je. Nak naik yang kereta takut lari bajet.
Walaupun sukar giler kat sana, kene tipu hidup-hidup, dibawa lari oleh taxi moto tu, maklumlah first time sampai sana. Tapi akhirnya kami boleh juga beli tudung dan kasut untuk dibawa balik malaysia. Aku jual online dan offline. Pukul 8 pagi - 5 petang kerja seperti biasa. Rehat pukul 1-2 petang orang lain pergi makan, aku pulak sibuk cod dan pos barang. Bonet kereta lah kedai aku. Hehe.
Malam jual secara online dan packing barang. Kadang suami lah yang tolong tulis borang dan packing dirumah. Hujung minggu aku berniaga di pasar malam. Alhamdulilah rezeki sentiasa ada.
Dari order barang dengan supplier 2 kotak je, dah jadi berkotak kotak. Dari 2-5 parcel dah jadi 10-20 parcel sehari. Dari simpan stock atas katil, dah boleh order rak buat mini stor. Syukrann. Order tak putus-putus, online offline sama-sama ligat. Tak kurang yang nak jadi ejen. Dari buat sorang-sorang dah ada 20 orang ejen.
Kemudian aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada kerja hakiki. Setelah buat keputusan dan sediakan payung sebelum hujan, aku pun buat keputusan berhenti kerja. Apa yang paling buat keluarga dan orang sekeliling terkejut adalah, kami suami isteri resign serentak bersama pada hari dan tarikh yang sama.
Pregnant 8 bulan. G amik barang kat vietnam. Nasib baik lepas naik flight. Aku juga beranak tak cukup bulan sebab terlalu penat dan aktif. |
Apa kata keluarga? Fuhh memang krisis betul. Dalam 7 beradik, aku sorang je yang keje makan gaji. Bak kata pepatah, akulah harapan keluarga. Memang mak aku merajuk tak mau bercakap dengan aku. Marah. Ayah pula redha. Tapi muka dia kesal. Keluarga sebelah suami? Sama juga weh. Ayah dia, Abang adik dia semua kerja makan gaji, takkan nak pecahkan tradisi keluarga kenn. Huhu
Bootsale time rehat. Dengan aku boleh hutang dulu bayar gaji atau bayar ansur-ansur. Tak kisah janji laku hehe. |
Aku cakap dengan suami, tak pe kita sama-sama bangkit dan buktikan yang kita boleh. Kami berdua buat bisnes masing-masing. Suami buruh kasar, dia dah mula masuk kursus, pergi kelas, buat lesen pembinaan. Aku juga sama, ke majlis-majlis ilmu, bina team luaskan rangkaian marketing. Sebulan selepas resign, aku pregnant anak ketiga, tapi aku tetap gigih ulang alik ke kilang di vietnam untuk shipping barang.
Rehat aku balik ambik barang nak pos. |
Weekend join pasar petang. |
Ni bawak sikit je kasut sebab tumpang meja orang hehe. Tapak mahal sangat. |
Dah maju sikit aku beli rak |
Suami Dah start masuk kelas pembinaan dan ambil lesen. |
Pelbagai job kerajaan dan swasta suami aku dapat. Syukur. Aku juga sama, dah punya office sendiri, gudang sendiri, pekerja tetap dan sambilan, hampir 700 orang ejen dibawah naungan #9088legacySDNBHD dan 5 transport hasil jualan online. Dari zero emas sekarang kumpul 1kg lebih dah.
Allahuakhbar.. aku sangat gembira walaupun aku tak sehebat dan semewah orang lain tapi aku lebih hebat dari aku yang dulu. Terlalu cepat dan singkat masanya. Segalanya untuk sebuah kehidupan yang sempurna.
PTPTN aku dah bayar cash lega di dada. Nampak simple tapi aku sangat struggle untuk buktikan segalanya.
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?;
Realisasikan impian ayah. Kejutan harijadi untuk ayah. Sebuah kereta idaman nya. |
Hadiah besday ibu. |
→ aku hadir majlis ilmu.
→ aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
→ aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
→ zakat dan cukai wajib bayar.
→ gigih marketing.
→ realisasikan impian orang tersayang.
→ abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
→ sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.
Jemputan untuk sharing kisah kejayaan. |
Pilihan ditangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah.
Kerja2 kebajikan sukarelawan. Ni pelajar tahfiz yang kemalangan |
Kerja kebajikan mengumpul dana untuk pesakit kanser. |
No comments:
Post a Comment