Yusuf Azmi Tidak Lagi Bersama PPIM Namun Masih Bekerjasama - Datuk Nadzim Johan (Video Inside). - Mak Cik

Friday, 16 March 2018

Yusuf Azmi Tidak Lagi Bersama PPIM Namun Masih Bekerjasama - Datuk Nadzim Johan (Video Inside).

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan aktivis Yusuf Azmi tidak lagi terlibat secara langsung dalam persatuan berkenaan, kata Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan.

Menurutnya, Yusuf telah menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dikenali sebagai Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, lapor portal TheRakyat.com.



Namun begitu, kata Nadzim, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kerjasama dengan Yusuf dan mana-mana NGO yang berminat dengan kerja-kerja dan hala tuju PPIM.

” Berkenaan Yusuf ini, nak kata terlibat secara langsung dengan kami (PPIM) itu tidak, tetapi beliau (Yusuf) masih ada urusan kerja yang lama. Kita akan menilai dan tengok macam mana.

” Kita tak mahu dilihat ada pertembungan antara ‘orang tua’ dan orang yang muda, yang bersemangatnya mungkin lain. Kita ni yang tua mungkin perlahanlah sikit.

” Bekerjasama dengan beliau tak ada masalah, cuma kita tak mahu dilihat matlamat itu macam ada perbezaan,”
katanya memetik laporan theRakyat.com semalam.

Baru-baru ini empat bekas kakitangan PPIM mendakwa, PPIM menggunakan kaedah menetapkan jumlah pinjaman terlebih dahulu dengan ah long namun mengenakan pembayaran lebih tinggi kepada pengadu atau mangsa ah long.

Sidang media tersebut untuk membersih nama selepas Yusuf membuat laporan ke atas mereka pada Isnin lalu. Namun mereka menjelaskan kes itu tiada kaitan dengan Nadzim dan PPIM Keramat.

Dalam laporannya itu, individu-individu terbabit didakwa telah mencuri dokumen-dokumen penting berkaitan ah long dan peribadi di syarikat konsultan PPIM yang diketuai Yusuf dengan cara menceroboh pejabat tersebut.

 

No comments:

Post a Comment