Tular dakwaan seorang wanita yang bernama Ameera Aida di Twitter semalam berhubung larangan yang dikenakan ke atasnya ketika berada di Kelantan baru-baru ini.
Menurut Ameera Aida, beliau merupakan seorang pengacara bebas yang diminta untuk mengacarakan satu program kanak-kanak di Kelantan selama lima hari bagaimanapun tugas beliau terpaksa disingkatkan kepada dua hari selepas dilarang untuk berbuat demikian atas alasan suara wanita adalah aurat.
"Awak kata, perempuan tidak boleh bersuara menggunakan microfon = suara wanita adalah aurat. Jadi anda mahu menghalang seseorang daripada mencari pendapatan? Sampai menjejaskan kerja saya, rezeki saya?," soal Ameera di dalam bebenang itu.
Ameera turut berkata untuk selari dengan dasar pentadbiran di Kelantan, beliau juga mengenakan hijab dan memakai pakaian yang longgar supaya program boleh berjalan dengan lancar.
Ameera juga menjelaskan luahannya mengenai perkara itu bukan bermaksud beliau mempunyai apa-apa sangkaan buruk terhadap Kelantan sebaliknya beliau inginkan penjelasan kenapakah wujudnya larangan yang tidak konsisten dari segi pelaksanaannya itu.
Luahan Ameera Aida;
Dalam perkembangan berkaitan, portal Malaysiakini menyiarkan penjelasan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung isu berkenaan.
Portal itu melaporkan Ahli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, beliau difahamkan tiada larangan terhadap wanita untuk berucap menggunakan mikrofon di Kelantan.
"Dulu masa saya jadi exco tak ada macam itu (larangan wanita tak boleh berucap guna mikrofon), saya rasa sekarang pun tak ada.
"Malahan artis wanita pun boleh buat persembahan untuk penonton wanita," katanya kepada portal itu.
Sehubungan itu, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS berkata beliau bersedia untuk berjumpa dengan Ameera bagi membincangkan tentang perkara berkenaan.
"Saya rasa lebih baik periksa fakta tentang kes ini macam mana sebenarnya. “Saya pun bersedia jumpa dengan Ameera ini," katanya lagi. - SoZPress.
Friday, 30 March 2018
Larangan Wanita Jadi Pengacara Di Kelantan Ini Penjelasan Takiyuddin.
Tags
# Laporan
About wes
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Laporan
Labels:
Laporan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment