Hentak Bayi 4 Bulan Ke Lantai, Bapa Dipenjara 10 Tahun. - Mak Cik

Sunday, 11 March 2018

Hentak Bayi 4 Bulan Ke Lantai, Bapa Dipenjara 10 Tahun.

Oleh : Bernama

Perbuatan tidak berhati perut seorang bapa yang cuba membunuh bayi lelakinya berusia empat bulan dengan menghentak mangsa ke lantai sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak dan koma, mendapat pembalasan apabila dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada jumaat.




Hakim Zaman Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Amri Ismail, 29, yang merupakan gelandangan selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraanya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak bekerja itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 5 Nov 2017.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Hakim Zaman bertanya kepada tertuduh : "Adakah kamu sedar perbuatan yang dilakukan oleh kamu akan menyebabkan anak kamu mati?"

Mohd Amir yang memakai kemeja-T berwarna biru dan berseluar jeans itu dengan bersahaja menjawab, "Saya sedar. Saya menyesal buat anak saya begitu", katanya. 


Amirah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang sewajarnya terhadap tertuduh dengan mengambil kira keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital. 

"Jika bayi itu terlambat dikejarkan ke hospital, ia boleh menyebabkan kematian. Ini adalah kesalahan serius dan sepatutnya sebagai bapa, tertuduh perlu menjaga anak kandungnya dengan baik. Ketika ini terlalu banyak kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak berlaku.

"Di harap hukuman terhadap tertuduh dapat memberikan mesej kepada masyarakat supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap anak-anak," katanya.
 
Lelaki itu didakwa telah melakukan kesalahan cubaan bunuh terhadap seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang menyebabkan kecederaan iaitu pendarahan dalam otak akibat dihentak ke lantai.Dia dituduh melakukan kesalahan itu di bilik sewa, di Jalan Lorong Haji Taib 1 Chow Kit, di sini pada 7.30 petang, 4 Nov 2017 mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

No comments:

Post a Comment