5 Tips Elak Anak Beli Jajan Di Kaunter Bayaran - Aisyah Rozalli. - Mak Cik

Wednesday, 7 March 2018

5 Tips Elak Anak Beli Jajan Di Kaunter Bayaran - Aisyah Rozalli.

5 TIPS ELAK ANAK BELI JAJAN DI KAUNTER BAYARAN
Dalam satu strategi penjualan kedai-kedai adalah meletakkan "non-needed add-on items" di kaunter bayaran supaya akan ada pembelian tambahan sebelum "check out" oleh pembeli. Tak boleh nak salahkan mereka. Ini strategi penjualan. Ada dicadangkan dalam macam-macam buku strategi penjualan. Anda "terpaksa" beli, membuktikan keberkesanan strategi tersebut.

Gambar - Aisyah Rozalli
Jadi, macam mana nak elakkan anak anda dari berguling-guling kerana mahukan item yang di jual di kaunter jualan?
Saya senaraikan beberapa strategi yang boleh anda cuba.
Tapi, ingat!
Kalau inilah kali pertama anda nak gunakan strategi ini, ianya mungkin akan sedikit sukar.
Tapi.....
Alah bisa, tegal biasa.
Meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Anak aku menangis, kau orang jangan kacau, toksah kesian tolong belikan, aku tengah disiplinkan anak ni!
(Peribahasa yang terakhir ini yang paling penting dalam strategi ini).
Jadi, ini strateginya. Mama ayah, good luck!!!
1. SOCIAL STORY SEBELUM PERGI SHOPPING
Mulakan dengan cerita dari rumah. Semasa anda beraktiviti dengan anak di rumah. (Tak pernah beraktiviti dengan anak? Kamon......).
Anda boleh :
a. Lukis gambar anda sekeluarga pergi beli belah dan maklumkan anak anda yang dia hanya boleh beli 1 item sahaja. (atau).
b. Lukis cerita tentang keburukan makan jajan Yang ni perlu "strict" sikit. Mama ayah pun tak boleh jajan juga.
Setiap kali nak keluar shopping, ingatkan anak anda tentang social story yang dibincangkan.
Tak reti lukis gambar? Print. Tak jumpa gambar sesuai? Lukis orang lidi pun boleh, der... Cuba dulu.
2. MINTA ANAK TULIS SENARAI BARANG MAHU DIBELI
Jika anak anda sudah pandai tulis, minta anak anda tuliskan senarai barang untuk dibeli dan minta anak anda bantu anda tanda barang yang sudah dibeli.
Pastikan hanya beli item yang ditanda. JANGAN beli yang tidak ditanda jika anda mahu guna metod ini untuk disiplinkan anak anda dari membeli barangan lain semasa shopping.
Kalau anak belum pandai tulis, print gambar barang dan tampal pada kertas senarai barang. Ajak anak anda tampal.
Leceh? Oh, well... Saya dah suggest 
3. BINCANG SEPANJANG PERJALANAN APA YANG BOLEH DIBELI SAHAJA.
Ingatkan anak anda berkali-kali apa yang boleh dibelinya. Dan FIRM.
Tak perlu tekankan apa yang tak boleh dibeli. Sebab anda hanya akan menambahkan ingatan anak anda pada apa yang tak boleh dibeli. Tapi, tekankan apa yang boleh dibeli berkali-kali.
4. KEBALKAN DIRI : TAHAN TANGIS
Dah bagi social story, dah minta anak tulis senarai barang, dah bincang-bincang dalam perjalanan, maka sampailah waktu anda perlu KEBAL.
Mengubah perilaku anak perlukan masa. Firm dengan keputusan anda. Anak akan tantrum kalau dia sudah dibiasakan dapat apa yang diinginkan.
Jangan mengalah mama ayah!!!
Anak anda PERLUKAN anda untuk teguh dengan keputusan anda mendisiplinkan mereka.
Tegas bukan pukul. 
Tegas dengan keputusan.
Anak mengamuk guling-guling?
Tetap teguh! Jangan belikan.
Ayah bawa anak terus ke kereta atau ke tepi. Peluk dan cakap "sorry ye, tak boleh beli".
Mama, boleh buat pembayaran.
Apa yang penting?
Kerjasama!
5. RAJIN-RAJIN LUANGKAN MASA DENGAN ANAK.
Anak yang rapat dengan ibu bapa akan lebih mudah mendengar cakap.
Sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Saya panggil Q-15 (Quality 15 minutes). Kalau susah nak dapat 15 minit, hmm...... Susahlah juga.
Jemput like page OT AisyahRozalli untuk lebih banyak info menarik keibubapaan dari sudut pandang Occupational Therapist
OK. Semoga Berjaya 

No comments:

Post a Comment