Puan Masyitah Md Hassan akhirnya tampil menjawab dakwaan Pseudoscience Watch yang menuduh beliau menyebabkan kematian seorang bayi di Johor pada minggu lepas.
Pada 5 Februari lalu, PW telah mengemaskini laman mereka dengan satu artikel yang bertajuk, 'Lagi-lagi homebirth'.
Menurut admin Entonox, apa yang berlaku ialah si ibu telah dihasut untuk membuat homebirth selepas pergi ke kelas Doula Mas. Malahan si suami sempat bertanya jika berbuat begini (sengaja baru beranak di rumah tanpa bantuan pakar terlatih) apakah si ibu dan bapa akan didakwa kesalahan membunuh?
"So bila si ibu dah rasa perut mengeras, berkeras nak beranak kat rumah hanya bertemankan suami. Doula guide pakai telefon je. Kaki baby dah keluar dulu kepala sangkut. 30 minit sangkut.
Doula sampai ditempat kejadian badan dah keluar kepala sangkut lagi. Dia main tarik je. Baby flat tapi doula sibuk suruh skin to skin.
Bila tengok baby tak responsive baru nak menggelabah call ambulance. Nak resuscitate baby tu sah-sah la mereka tak tahu.
Mak ok, anak arwah (fresh still birth - maksudnya sebelum ni hidup tapi time bersalin arwah) suami boleh pulak bantai bertanya, kalau mak bapak yang buat macam ni, dikira membunuh jugak ke? Doula ada singgah hospital tapi sempat lari sebelum orang cekup nak soal jawab," kata admin PW dalam satu kenyataan di Facebook.
"So bila si ibu dah rasa perut mengeras, berkeras nak beranak kat rumah hanya bertemankan suami. Doula guide pakai telefon je. Kaki baby dah keluar dulu kepala sangkut. 30 minit sangkut.
Doula sampai ditempat kejadian badan dah keluar kepala sangkut lagi. Dia main tarik je. Baby flat tapi doula sibuk suruh skin to skin.
Bila tengok baby tak responsive baru nak menggelabah call ambulance. Nak resuscitate baby tu sah-sah la mereka tak tahu.
Mak ok, anak arwah (fresh still birth - maksudnya sebelum ni hidup tapi time bersalin arwah) suami boleh pulak bantai bertanya, kalau mak bapak yang buat macam ni, dikira membunuh jugak ke? Doula ada singgah hospital tapi sempat lari sebelum orang cekup nak soal jawab," kata admin PW dalam satu kenyataan di Facebook.
Bagaimanapun tuduhan PW kemudiannya dijawab oleh Doula Mas pada 8 Februari lepas. Selain menjawab tuduhan tersebut, Doula Mas bersama bapa yang kematian bayi itu juga tampil membuat laporan polis untuk menafikan dakwaan-dakwaan yang tular di laman sosial.
Oleh : Masyitah Md Hassan
SATU MALAYSIA TUDUH SAYA PEMBUNUH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,
Ini adalah kenyataan rasmi daripada saya, Masyitah Md Hassan (Doula Mas) berkenaan kes yang tular di Malaysia kini yang mengaitkan nama saya. Pada mulanya saya bercadang tidak mahu respon memandangkan saya juga tengah tunggu masa melahirkan bayi ke empat dan juga disebabkan post dibuat oleh sebuah page yang sudah biasa memfitnah saya sekaligus adminnya tak dikenali.
Gambar sebaran PW |
Namun apabila ramai doktor dan kakitangan kesihatan cuba menghangatkan lagi isu walaupun mereka hanya menerima maklumat ini daripada laman facebook yang tidak bertanggungjawab, seterusnya menghakimi saya mengajak para netizen datang menyerang profile facebook saya dengan perkataan PEMBUNUH BAYI.
Perkara ini amat tidak menyenangkan hingga suami saya terpaksa mengambil alih akaun facebook saya dan block semua pemfitnah ini memandangkan beliau tidak mahu emosi saya bercampur baur dan menyebabkan gangguan emosi. Bagaimana pun setelah beberapa hari, kejadian ini belum reda dan mereka berusaha menyebarluaskan fitnah ini sehingga ada yang mendoakan kematian bayi saya pula.
Maka dengan ini saya mengagahkan diri di saat sarat mengandung ini untuk membuat laporan polis tentang tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sungguh! Tuduhan sebagai pembunuh ini sangat-sangat berat buat saya.
KES BAYI MATI KELAHIRAN SONGSANG DIRUMAH
Ya benar, memang ada kes kematian bayi dirumah baru-baru ini di selatan tanah air. Saya mengambil masa juga untuk mendapatkan cerita penuh tentang kejadian yang didakwa sebagai perbuatan SENGAJA UNTUK MELAHIRKAN BAYI DI RUMAH. Dan saya dituduh membantu proses KELAHIRAN YANG MENGAKIBATKAN KEMATIAN BAYI.
Saya mengambil masa untuk mengenalpasti individu-individu yang terlibat menyebarkan dakwaan ini dan punca mereka membuatkan tuduhan kejadian tersebut adalah perbuatan ‘HOMEBIRTH’. Lagi pula pasangan berkenaan baru sahaja kehilangan anak maka banyak urusan mereka perlu selesaikan, terutamanya si ibu yang masih dalam keadaan terkejut dan dalam proses berpantang.
Saya mempertimbangkan keadaan ibu yang mungkin mengalami depression jika saya cuba mendapatkan maklumat berkenaan dakwaan HOMEBIRTH yang ditularkan, maka saya tunggu sehingga mereka sendiri menghubungi saya untuk penjelasan. Di sebabkan itu saya memilih untuk tidak menjawab sebarang tohmahan pada saya dimedia sosial hinggalah saya mendapat gambaran sebenar keseluruhan kejadian hingga menyebabkan petugas yang terlibat merawat ibu dan bayi berkenaan mendakwa itu adalah perbuatan HOMEBIRTH dan mengambil tindakan menyebarkannya di kalangan petugas kesihatan yang lain melalui media social Facebook termasuk Whatsapp.
Saya tidak mengelak untuk memberikan kenyatan kecuali setelah saya memahami keseluruhan dakwaan yang dituduh terhadap saya, walaupun beribu2 pm, komen dan tag di media sosial mendesak saya tampil membuat kenyataan, selain netizen yang terpengaruh dengan fitnah dan turut sama mencerca mengeji saya walaupun sumber mereka adalah tidak diketahui siapa penulisnya dan juga tiada bukti.
Saya difahamkan oleh pasangan terbabit bukanlah PLAN HOMEBIRTH seperti dicanangkan. Dan mereka juga tidak pasti kedudukan bayi pada ketika itu tetapi si ibu menyatakan bahawa last check up memang bayi belum dalam keadaan kepala di bawah.Maka tidak munasabah untuk mereka mengambil risiko untuk melakukan percubaan homebirth. Bahkan beliau mengatakan pada saya walaupun beliau ada berharap bayi pusing disaat akhir tetapi jika bayi tidak berpusing, beliau redha untuk emergency csection.
Semasa kejadian adalah lebih kurang selepas maghrib si ibu memang bercadang untuk pergi ke hospital. Beliau start ada mild contraction selepas asar. Bila saya tanya kenapa tidak pergi ke hospital awal lagi? Beliau menjawab beliau ada pengalaman anak sulong menunggu terlalu lama bila pergi sebelum ada sakit.Jadi beliau tunggu sekejap dirumah sambil menjaga anak sulong.Jarak rumah mereka ke Hospital juga tidak jauh.
Semasa kejadian adalah lebih kurang selepas maghrib si ibu memang bercadang untuk pergi ke hospital. Beliau start ada mild contraction selepas asar. Bila saya tanya kenapa tidak pergi ke hospital awal lagi? Beliau menjawab beliau ada pengalaman anak sulong menunggu terlalu lama bila pergi sebelum ada sakit.Jadi beliau tunggu sekejap dirumah sambil menjaga anak sulong.Jarak rumah mereka ke Hospital juga tidak jauh.
Namun beliau tidak sangka semasa maghrib itu tanpa kontraksi yang kuat dan bersama barangan bayi yang telah disiapkan untuk kehospital, tiba-tiba beliau terasa mahu meneran. Beliau meneran dan akhirnya terkeluar bayi dengan kaki dahulu dan disambut oleh suami. Bayi juga tidak bernafas setelah keluar sepenuhnya dan suami beliau call ambulans. Pihak ambulans datang dan cuba bagi bantuan untuk menyelamatkan bayi malangnya bayi sudah tiada.
Tuduhan-tuduhan yang di lemparkan pada saya menyatakan saya mendoula pasangan berkenaan, mempengaruhi untuk melakukan homebirth adalah tidak benar sama sekali. Dalam keadaan saya juga sarat mengandung 39 minggu lebih mustahil saya mampu untuk mendoula ibu yang mana kerja ini memerlukan tenaga dan daya kudrat yang tinggi.
Ibu ini juga telah memberi kenyataan pada pihak hospital dan polis bahawa saya tiada kaitan dengan kes beliau dan beliau tidak pernah mengambil sebarang servis saya walaupun beliau mengenali saya. Dan amat tidak munasabah untuk saya menyambut bayi dirumah memandangkan kebiasaannya bayi low risk pun saya mendoula di hospital swasta dengan adanya staff perubatan. Ini kan pula kes berisiko tinggi seperti ini.
Ibu ini juga telah memberi kenyataan pada pihak hospital dan polis bahawa saya tiada kaitan dengan kes beliau dan beliau tidak pernah mengambil sebarang servis saya walaupun beliau mengenali saya. Dan amat tidak munasabah untuk saya menyambut bayi dirumah memandangkan kebiasaannya bayi low risk pun saya mendoula di hospital swasta dengan adanya staff perubatan. Ini kan pula kes berisiko tinggi seperti ini.
Sehingga kini saya masih belum dihubungi oleh mana-mana pihak yang mewakili Kementerian Kesihatan mahupun pihak berkuasa untuk meminta saya tampil memberi sebarang keterangan. Akan tetapi tularan post daripada beberapa laman facebook dan beberapa profile facebook individu telah mendakwa saya terlibat membantu pasangan terbabit untuk melakukan HOMEBIRTH secara sengaja
Dengan ini saya lampirkan laporan polis terhadap semua tuduhan yang tidak benar ke atas saya. Saya berharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak menjelaskan pada semua tentang kes ini dan kita doakan ibu dan bapa berkenaan diberi kekuatan menghadapi ujian ini.
Laporan polis Doula Mas & suami kepada si ibu yang kematian anak selepas dilahirkan songsang
Laporan polis Doula Mas & suami kepada si ibu yang kematian anak selepas dilahirkan songsang
Pada saya tidak ada ibu bapa yang mahu kejadian seperti ini berlaku. Anak yang dikandung 9 bulan akhirnya tidak dapat diselamatkan.Akan tetapi tambahan ujian lagi pada pasangan ini kerana kejadian berlaku dirumah mereka, maka mereka dikatakan sengaja bersalin dirumah. Jika bayi berkenaan terkeluar di mana2 tempat seperti shopping complex, Marry Brown, atau dihospital mungkin tuduhan ini tidak berlaku dan doula juga tidak dikaitkan.
Berikutan kejadian ini, saya percaya terdapat pihak cuba mengambil kesempatan untuk memanipulasi situasi ini untuk menganiaya saya dengan dakwaan palsu atas andaian mereka sendiri, dan secara tidak langsung menganiaya pasangan terbabit demi mendatangkan kemudaratan pada latarbelakang saya yang menjalankan kelas sebagai Child Birth Education (CBE) yang juga seorang Peneman Ibu Bersalin (Doula).
Jika sekiranya pihak hospital atau polis mahu mengambil keterangan saya, pihak berkenaan boleh menghubungi saya di talian 012-2257914. Tindakan kakitangan terbabit yang mengambil tindakan secara individu dan menyebarkan dakwaan tidak benar kepada pihak awam jelas melanggar etika kerja anda sebagai kakitangan perubatan.
Jika terdapat sebarang keraguan, silakan buat laporan polis dan aduan rasmi kepada hospital seperti mana nasihat anda kepada saya semasa isu staff Hospital Shah Alam yang telah bertindak secara tidak beretika terhadap pesakit.
Saya berharap kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pembaca supaya tidak menuduh secara melulu apa yang dibaca di media sosial terutama daripada page yang adminnya secara sengaja ‘Baling Batu, Sembunyi Tangan’. Jika mereka di pihak yang benar, maka tidak perlu bersembunyi di sebalik nama samara ‘enthonox’ ataupun lain-lain profile palsu.
Ini kerana mereka bukanlah insan bertanggungjawab dan tidak takut melakukan apa sahaja walaupun ke tahap memfitnah dan memalukan individu yang mereka tidak sukai sehingga sanggup mereka mengubah gambar milik orang lain dengan label-label berunsur fitnah,serta menghakimi mangsa fitnah dengan tuduhan penjenayah, pembunuh sedangkan itu tugas hakim dan pihak polis.
Sekian kenyataan rasmi daripada saya. Saya tidak dapat memberi respon lagi pada mana-mana komen atau pm berunsur provokasi kerana saya perlu fokus untuk proses bersalin saya buat masa ini.
Sebarang urusan lanjut saya serahkan pada pihak berkuasa dan sedia bekerjasama untuk melancarkan siasatan dan seterusnya membersihkan nama saya daripada tuduhan ini.
Saya turut mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang terlibat menyebarkan dakwaan fitnah ini.
Saya turut mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang terlibat menyebarkan dakwaan fitnah ini.
Terima kasih.
• Dilampirkan salinan laporan polis oleh saya dan juga salinan laporan polis tentang kejadian sebenar daripada pasangan berkenaan
No comments:
Post a Comment