Logo Buruk #VisitMalaysia2020 Dapat Liputan Media Antarabangsa. - Mak Cik

Thursday, 1 February 2018

Logo Buruk #VisitMalaysia2020 Dapat Liputan Media Antarabangsa.

Beberapa agensi berita luar negara berserta portal berita dalam talian melaporkan kenyataan Menteri Kebudayaan & Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Nazri Aziz yang mempertahankan penggunaan logo #VisitMalaysia2020 di peringkat antarabangsa.

"Malaysia mempertahankan logo #VisitMalaysia2020 yang menerima kecaman teruk oleh rakyatnya", lapor BBC

"Walaupun mempertahankan penggunaan logo tersebut, netizens (Malaysia) tidak gembira dengan kenyataan menteri itu.


Petisyen untuk menyeru agar logo berkenaan dibuang dari Tourism Malaysia menerima 8,000 tanda-tangan sejak ia dilancarkan pada 2 hari lepas", kata portal itu lagi.

Sementara itu Telegraph.Uk melaporkan di Twitter, netizens Malaysia bertindak memperlekehkan dan mengkritik logo berkenaan malahan mempersendakan ia sebagai 'merendahkan keupayaan peraka grafik di Malaysia, kata portal itu.

Manakala "Tourism Malaysia mempertahankan rekaan logo berkualiti rendah," lapor Channel News Asia.

Berita-berita yang mempromosikan logo Malaysia sebagai 'buruk, ketinggalan zaman, tiada daya kreatif dan teruk,' sangat memalukan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Setakat ini sekurang-kurangnya 66 logo rekaan netizens Malaysia telah disiarkan di Grafik Malaya. Apakah kementerian akan memandang ringan akan permintaan rakyat Malaysia ataupun menukar logo sedia ada kepada logo yang lebih unik, menarik dan segar? Nazri ada jawapannya. - SoZPress.

No comments:

Post a Comment