Pelajar tingkatan 2 yang koma selepas mengantung diri dengan selendang akhirnya disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 7 hari.
Dan berikut adalah kronologi kejadian mengapa pelajar itu bertindak membunuh dirinya dan apa yang mendorongnya mengambil jalan itu;
1. M.Vasanthapiriya ialah seorang pelajar perempuan yang berusia 14 tahun dan berada di tingkatan 2 di sekolah SMK Metodist Nibong Tebal.
2. Pada 24 Januari lepas, M.Vasanthapiriya telah dituduh mencuri telefon Iphone milik cikgunya.
3. Berita Daily melaporkan, "pelajar itu telah dibawa ke sebuah bilik dan dipaksa untuk mengaku telah mencuri sebuah telefon bimbit berjenama Iphone 6 milik cikgunya".
4. "Pelajar itu juga telah dikurung dalam sebuah bilik selama beberapa jam dan tidak dibenarkan keluar rehat (makan)," lapor Berita Daily lagi. Sementara itu Free Malaysia Today pula melaporkan, "Seorang guru yang berusia dalam lingkungan 40 an telah menuduh pelajar itu mencuri telefonnya. Pelajar itu berulangkali menafikan. Kemudiannya seorang guru lain bertindak memukul belakang badan pelajar itu dihadapan rakan-rakan sekolahnya yang lain.
Pelajar itu juga telah dikurung hampir 5 jam tanpa sebarang makanan dan kebenaran untuk menggunakan tandas," lapor portal itu.
5. "Selepas gagal menunjukkan bukti pelajar itu mencuri dan tidak menjumpai bahan bukti di badan pelajar tersebut, cikgu itu kemudiannya dilaporkan telah memalukan pelajar di hadapan rakan-rakan sekolahnya yang lain", kata Berita Daily. Free Malaysia Today pula melaporkan, "Suami kepada guru tersebut hadir ke sekolah pada jam 6.45 petang dan pasangan itu mahu membawa (ugut) pelajar tersebut ke balai polis jika masih enggan mengaku telah mencuri telefon".
6. Kemudian, cikgu berkenaan bersama suaminya yang juga seorang cikgu telah menghantar pelajar tersebut pulang ke rumah ibu bapanya. Turut dilaporkan Berita Daily, tuduhan yang sama dilemparkan oleh cikgu tersebut dihadapan keluarga pelajar itu. Free Malaysia Today pula melaporkan, "sejurus tiba dirumah, remaja itu berlari masuk ke biliknya".
7. Cikgu itu dan keluarga M.Vasanthapiriya kemudiannya keluar untuk berunding dan berbincang.
8. Selepas itu, keluarga M.Vasanthapiriya pulang ke rumah (pada waktu malam) dan menghampiri bilik anaknya. Beberapa kali pintu diketuk, dan nama anak dipanggil tetapi tidak disahut. Bimbang dengan keadaan yang mencurigakan itu, bapa kepada M.Vasanthapiriya kemudiannya bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati anaknya sedang tergantung (membunuh diri), lapor The Star. Free Malaysia Today melaporkan Muniandy Ratnam, 54 bapa kepada pelajar tersebut tiba dirumah jam 8.20 malam.
9. Ketika diselamatkan, pelajar itu masih lagi bernyawa dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
10. M.Vasanthapiriya kemudiannya dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pada awalnya dilaporkan dua organ utamanya separa berfungsi dan berada dalam keadaan koma. Bagaimanapun keadaannya semakin pulih dan stabil meskipun dirawat di ICU. Pada 29 Januari 2018, organ-organ penting M.Vasanthapiriya juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan berfungsi meskipun remaja itu bergantung pada mesin pernafasan. "Mata dan otaknya agak lambat (respon). Tiada pergerakan kaki dan tangan. Kami mengharapkan keajaiban," lapor Free Malaysia Today yang menulis kenyataan Muniandy Ratnam (bapa mangsa).
Dalam pada itu, lapor The Malay Mail menyebut, "Vasanthapiriya kelihatan sangat sedih ketika pulang ke rumah pada petang itu. Ketika pasangan guru itu menghantar anak saya ke rumah, saya berjanji pada mereka akan menyelesaikan perkara ini. Saya juga memujuk Vasanthapiriya yang saya (sebagai bapa) akan membantunya membersihkan namanya kembali memandangkan dia telah menafikan dia tidak mengambil telefon itu.
Ketika saya pulang ke rumah selepas mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, anak sulung saya kelihatan panik apabila gagal membuka pintu (bilik Vasanthapiriya) kerana dihadang sesuatu.
Saya kemudiannya bertindak memecahkan pintu dan melihat anak saya tergantung di atas paip penghawa dingin dengan kain sari,".
11. Menurut bapa M.Vasanthapiriya, pelajar itu mengalirkan air mata selepas dirinya bercakap dengan anaknya (pelajar itu dalam keadaan koma) ketika melawatnya di hospital pada 29 Januari 2018.
12. Dalam pada itu meskipun merasa sedih, Muniandy Ratnam sempat berpesan agar guru-guru lain tidak lagi melayan anak murid seperti layanan yang diterima anaknya. "Jangan biarkan insiden ini berulang lagi. Semua cikgu perlu hormati pelajar. Walaupun apa pun keadaannya, SOP perlu dipatuhi. Saya tidak menuduh cikgu tersebut melakukan apa-apa kesalahan cuma ini nasihat saya kepada jabatan pendidikan dan guru-guru," katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today.
13. Namun, tepat jam 3.30 pagi, 1 Februari 2018, selepas beberapa hari bertarung nyawa, pelajar itu menghembuskan nafas terakhirnya dan pergi buat selama-lamanya.
Wajah mangsa ketika masih kecil
14. Ketika ditemui dalam cubaan membunuh diri, nota bunuh diri turut dijumpai oleh ahli keluarga remaja itu.
15. "Cikgu saya tak curi telefon cikgu. Terima kasih mak, terima kasih abah, terima kasih nenek kerana menjaga saya selama ini. Saya benar-benar minta maaf," katanya dalam nota bunuh diri itu.
Ahli keluarga ratapi kematian mangsa
16. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, cikgu yang terlibat dalam kes ini telah dipindahkan. Dengan perkembangan terbaru ini, kes berkenaan akan disiasat oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
17. Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis dan mahu siasatan dijalankan serta tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini.
18. Dalam perkembangan berkaitan, seorang Doktor Psikologi, Shazeema Mashood Shah berkata pihak sekolah mesti menempatkan pegawai kaunselor terlatih di semua sekolah bagi menanggani kes pelajar yang bermasalah, kemurungan dan tertekan.
19. "Dalam kes M.Vasanthapiriya, pelajar itu berkemungkinan berada dalam keadaan tekanan melampau dan tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya mendorong remaja tersebut untuk membunuh dirinya," kata doktor psikologi tersebut seperti laporan Free Malaysia Today.
20. "Remaja sebenarnya berada dalam peringkat usia yang masih lemah dan tidak kuat untuk berhadapan dengan masalah. Bagi mereka kecil atau besarnya satu-satu masalah itu, ia seakannya tiada jalan penyelesaian. Sukar untuk kita tentukan apa yang remaja itu fikirkan (semasa memilih untuk membunuh diri) tetapi berkemungkinan dia merasakan tiada jalan ataupun cara terbaik untuk membuktikan dirinya tidak mencuri melainkan dengan membunuh diri," kata Shazeema Mashood Shah lagi.
21. Sementara itu pihak polis mengesahkan siasatan telah dijalankan dan kes membunuh diri itu telah diserahkan kepada bahagian pendakwaraya untuk tindakan susulan.
Telefon dah jumpa kata mak saudara
22. Dengan nada sayu, sedih dan kecewa,ibu saudara mangsa mempersoalkan tindakan guru tersebut : “Telefon bimbit yang hilang kononnya dicuri mangsa dijumpai tercicir di kedai makan namun bagaimana dengan anak saudara saya yang kini sudah meninggal dunia?,” kata A Lalitha, 43 kepada pihak media.
Tangisan sayu keluarga mangsa
23. Lalitha juga mempersoalkan sejak membuat laporan polis (jumaat lepas), pihak keluarga tidak menerima apa-apa panggilana daripada pihak polis dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
24. Berulang kali Latitha berkata, telefon itu tercicir di kedai makan dan sudah pun ditemui tetapi anak saudaranya itu telah pun hilang nyawa kerana berasa sensitif dimalukan, diaibkan malahan dipukul dihadapan rakan sekolah yang lain.
25. KKM melalui menterinya S.Subramaniam berkata dalam satu respon segera, isu ini ujarnya harus menjadi iktibar buat semua terutamanya para guru dinasihatkan jangan sesekali mengambil tindakan sendiri sehingga melanggar SOP yang telah ditetapkan. Kematian telah berlaku, dan ini adalah tragedi. Pelajar 13 tahun telah mati tanpa sebab yang dapat dipastikan (insiden kecurian tidak dapat dibuktikan). Dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.
25. Salah seorang cikgu Vasanthapiriya yang enggan dikenali mengatakan kepada media bahawanya;
- Vasathapiriya ialah seorang remaja yang berjiwa lembut dan sensitif.
- tiada masalah dispilin atau pernah dikenakan apa-apa tindakan tata tertib.
- seorang pelajar yang baik dan tidak banyak masalah, ragam di sekolah.
Sumber rujukan :
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/01/28/teacher-in-schoolgirls-attempted-suicide-case-transferred/ https://www.malaysiakini.com/news/410383
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/01/29/she-has-not-called-me-daddy-for-six-days/
https://www.nst.com.my/news/nation/2018/01/329965/pupil-who-tried-commit-suicide-over-phone-theft-still-critical-condition
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/35596/
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/35492/
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/02/01/counselors-a-must-for-all-schools-says-expert/
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/309028/kami-mahu-keadilan http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/02/01/police-wrap-up-probe-into-suicide-of-teen-accused-of-phone-theft/
Thursday, 1 February 2018
Home
Kronologi
Kronologi Lengkap M.Vasanthapiriya Yang Mati Selepas Membunuh Diri Kerana Dituduh Curi Iphone 6 Milik Gurunya.
Kronologi Lengkap M.Vasanthapiriya Yang Mati Selepas Membunuh Diri Kerana Dituduh Curi Iphone 6 Milik Gurunya.
Tags
# Kronologi
About wes
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Kronologi
Labels:
Kronologi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment