Oleh : Suhazeli Abdullah
KELAHIRAN SELAMAT.
Tugasan membantu kelahiran oleh bidan-badan kampung amat popular satu ketika dahulu. Mereka amat ramah dan berpengalaman bukan sahaja semasa sambut kelahiran tetapi urut mengurut pun dibuat dengan penuh seni.
Kesesuaian dan peralihan zaman, hasil dari perkembangan bidang perubatan dan teknologi, jawatan perbidanan kampung semakin pupus.
Jururawat yang bekerja seluruh negara sudah boleh mengambilan tugasan itu dengan penuh efektif disamping jumlah fasiliti dan prasarana kesihatan yang semakin baik. Terdapat lebih dari 124,000 Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat dan Jururawat Kesihatan Awam yang sanggup menjadi tulang belakang kepada kejayaan kesihatan negara khususnya kelahiran selamat.
Penambahbaikan bidang kesihatan ibu dan anak ini dapat kita gambarkan dengan perbezaan jumlah kematian ibu yang semakin berkurang.
Malaysia sedang mengalami tren menurun yang signifikan – 170 kematian setiap 100,000 kelahiran hidup pada tahun 1966 mencecah kepada 70 kematian setiap 100,000 kelahiran hidup pada tahun 1976, sepuluh tahun kemudian.
Pada tahun 2002, kadar kematian ibu berada dalam lingkungan 30 – 40 kematian ibu setiap 100,000 kelahiran hidup, satu indikator kejayaan usaha Malaysia terlibat sama dalam satu inisiatif bersepadu di peringkat antarabangsa yang dinamakan "Safe Motherhood Initiatives" yang diperkenalkan pada tahun 1987 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Inisiatif ini menggariskan empat tunggak utama untuk menjadikan kehamilan dan kelahiran lebih selamat:
1) Perancangan Keluarga (setiap kehamilan dirancang, direncana dan dikehendaki)
2) Jagaan antenatal ( pemeriksaan kesihatan berkala semasa kehamilan)
3) Kelahiran selamat dan bersih (proses kelahiran dipantau dengan partogram, pengendalian aktif bagi tahap ketiga kelahiran serta persekitaran yang bersih)
4) Jagaan obstetrik (kebidanan) yang asas (pengendalian oleh pasukan yang terlatih menghadapi komplikasi kehamilan dan kelahiran, ubat-ubatan, infrastruktur seperti bekalan elektrik, kenderaan serta hubungan telekomunikasi dan kemudahan kesihatan yang lengkap – dewan bedah untuk pembedahan caesarean, tabung darah untuk bekalan darah yang segera dan unit jagaan bayi baru lahir untuk resusitasi bayi).
Kadar Kematian ibu (MMR) di Malaysia sudah mencecah 25.2 kematian ibu setiap 100,000 kelahiran hidup. Satu data yang boleh dibanggakan setakat ini hasil usaha polisi dan akta-akta tertentu yang menjamin kualiti perkhidmatan negara. Kita masih perlu menurunkan MMR kepada kadar yang lebih rendah – sebagaimana yang ditetapkan oleh Sasaran Pembangunan Millennium (Millennium Developmental Goal – MDG5).
Negara kita mensasarkan penurunan kadar kematian ibu kepada 11.0 untuk setiap 100,000 kelahiran hidup.[1] Walau bagaimanapun, Malaysia telah berjaya mencapai sasaran bagi indikator lain di bawah MDG 5. Antaranya ialah peratus kelahiran selamat (99% pada tahun 2014), liputan penjagaan antenatal (97.2% pada tahun 2014), peningkatan Contraceptive Prevalence Rate (57.5% pada tahun 2014 – preliminary data), penurunan kadar kelahiran kalangan remaja (13 per 1000 remaja pada 2013) dan penurunan unmet needs perancang keluarga (13.4% pada tahun 2014 – preliminary data).
Antara kejayaan utama Malaysia menurunkan MMR adalah apabila kelahiran selamat (safe delivery) yang ditakrifkan sebagai kelahiran yang dikendalikan oleh individu terlatih (skilled birth attendants) dapat ditingkatkan dari kurang 55% pada tahun 50-an kepada peratusan 98.5% hari ini. Peratus kelahiran di rumah didapati menurun daripada 24.8% pada tahun 1990 kepada 1.7% pada tahun 2012.
Sifirnya, kelahiran dirumah dalam negara kita adalah kelahiran yang tidak selamat.[2] Berdasarkan definisi daripada World Health Organization (WHO), “kelahiran selamat” (safe delivery) ialah kelahiran yang dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih (skilled health personnel). Malaysia telah mencapai peratus kelahiran selamat sebanyak 98% semenjak tahun 2009 – pencapaian yang setanding dengan negara maju.
Satu lagi faktor kejayaan adalah keutamaan yang diberikan oleh sistem kesihatan di Malaysia kepada kes kematian ibu. Setiap satu kematian ibu mesti disiasat secara mendalam di setiap peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Laporan lengkap mesti disediakan untuk dibentangkan di peringkat daerah, negeri dan pusat serta dimasukkan ke dalam Confidential Enquiry into Maternal Deaths (CEMD) yang dilaporkan secara bertulis setiap tiga tahun. Tujuan utama adalah untuk mengenalpasti faktor jagaan substandard yang perlu dibaiki di setiap peringkat.
Sudah banyak peristiwa yang menyayat hati kes-kes kelahiran yang tidak selamat. Terdapat kes yang berlaku perdarahan sehingga membawa maut. Halangan yang dihadapi oleh para doktor dan jururawat dalam mengendali kes yang sebegini adalah mereka tidak menghiraukan nasihat serta prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak hospital. Mereka lebih mementingkan kehendak yang mereka "perjuangkan" tanpa melihat risiko ajal maut yang boleh ditempa.[3,4]
Antaranya mereka meletakkan syarat semasa kelahiran itu dengan penuh fitrah, tiada gangguan alat peranakan, tiada ubat hospital diberikan, tiada guntingan episiotomi, hanya perawat wanita dibenarkan, tidak kerat talipusat bayi, tidak disuntik vaksin dan vitamin K dan pelbagai syarat lagi yang cukup indah.[5] Lebih sadis jika terdapat peneman si ibu yang menggelarkan diri mereka sebagai doula.
Permintaan dari mereka melebihi dari si ibu itu sendiri. Memang benar setiap ibu yang bersalin inginkan yang terbaik semasa kelahiran bayi. Begitu juga dengan doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran, kami juga inginkan pengendalian yang terbaik.
Demi keselamatan ibu dan anak yang bakal dilahirkan protokol serta kaedah merawat dilaksanakan. Kehadiran doula terkadang boleh membantu si ibu untuk tenang dan tidak gopoh, tetapi jika mengganggu urusan para perawat mengendalikan kes dengan sempurna, sudah dikira sebagai melampaui batas tugasan mereka itu sendiri.
Sekian pesanan penting dari suhazeli.com
fb.com/drsuhazeli
#SayNoToUNSAFEBIRTH
#MedicalMythBustersMalaysia
Pautan;
[1] Perlaksanaan MDG 4 & 5 di Malaysia. https://kpkesihatan.com/…/pelaksanaan-strategi-mdg-4-5-di-…/
[2] Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Isu Kelahiran dirumah. https://kpkesihatan.com/…/respon-kkm-terhadap-isu-homebirt…/
[3] Kes Kematian ibu. https://mforum.cari.com.my/forum.php…
[4] Kematian bayi semasa bersalin. http://www.mayonews.ie/index.php…
[5] Adakah kelahiran di rumah lebih Islamik? http://keretamayat.blogspot.my/…/home-birth-lebih-islamik.h…
Thursday, 8 February 2018
Kenapa Kelahiran Di Rumah Tidak Selamat? Baca Penjelasan Doktor Ini.
Tags
# Kesihatan
About wes
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Kesihatan
Labels:
Kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment