11 Nasihat Untuk Anak Muda. - Mak Cik

Saturday, 24 February 2018

11 Nasihat Untuk Anak Muda.

Oleh : Norizan Bin Sharif

11 TIPS UNTUK ANAK MUDA 20-AN

Selama dua hari di Charlotte dan melawat tempat-tempat di mana saya mula “mengenali dunia,” saya ceritakan kepada anak mengenai kehidupan saya pada usia 20-an. Apa yang saya belajar?

1. Orang lain boleh beri dorongan, kita sendiri yang kena berusaha.

2. Walau bagaimana sayang ibu bapa kepada kita, kita kena belajar hidup sendiri.

3. Elakkan salahkan orang lain. Ubah diri kita. Kalau kita tak berubah, sampai bila pun, begitulah hidup kita.

4. Ikat perut sewaktu awal 20-an. Ketika belum atau baru bekerja, kita tak ada duit. Semua orang lalui. Usah ingat kita seorang saja yang susah.

5. Fikirkan jangka panjang. Usah seronok dengan kerlipan hidup 20-an. Ada kawan-kawan saya yang mati sebelum usia 50-an.

6. Kita mungkin berasa susah sangat pada usia 20-an, tetapi Allah swt sudah susun rezeki kita. Yakin dengan Allah swt. Dia atur satu per satu perjalanan hidup kita.

7. Usaha kita sewaktu 20-an tak nampak pada masa itu. Ia mungkin nampak apabila kita berusaha 50-an. Usah rasa apa yang kita usahakan sewaktu 20-an tak berhasil.

8. Pilih kawan yang betul. Berkawan biar ikhlas. Inilah kawan-kawan yang akan kekal dan mungkin membantu kita apabila 50-an nanti.

9. Apabila dalam kesusahan, sentiasa berdoa. Allah swt mungkin tidak tunaikan doa kita sekarang kerana kita mungkin tak bersedia kalau dapat apa yang kita mahukan ketika itu.

10. Sentiasa ingat bahawa kejayaan kita bukan kerana usaha kita saja. Ramai orang lain tolong untuk kita berjaya. Usah sombong.

11. Apabila kita berjaya pada akhir usia, sentiasa ingat kepada mereka yang berada pada usia ketika kita dalam kesusahan dulu.

No comments:

Post a Comment