Menteri baru dilantik dari MCA, DS Liow Tiong Lai, yang mengetuai Kementerian Pengangkutan, semalam telah mengeluarkan taringnya di laman sosial Twitter menghentam SPAD di atas kejadian tanah mendap di persimpangan Jalan Pudu / Jalan Imbi / Jalan Hang Tuah semalam. Sayangnya, taring beliau bukanlah taring singa garang, sebaliknya taring anak kucing yang baru sudah menyusu.
Sebagai seorang Menteri baru, Liow Tiong Lai seharusnya membuat kerja rumah sebelum beliau mengeluarkan kenyataan bodoh. Tidakkah beliau tahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bukan terletak di bawah kementerian beliau? Tidakkah Liow Tiong Lai tahu bahawa SPAD terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah selian Menteri YB Hajah Nancy Shukri? Kesian SPAD, umpama orang makan nangka, orang lain yang kenyang, orang lain yang dapat getahnya.
Liow Tiong Lai seharusnya mentelaah dan menghafal 'handbook' kementeriannya sendiri, ambil tahu tugas-tugas sebagai Menteri Pengangkutan. Janganlah hendak berlagak, mentang-mentanglah Menteri baru, tidak perlulah sehingga hendak membelasah hal ehwal kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan kementeriannya. Betulkanlah kemennterian sendiri dulu. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang.
Liow Tiong Lai seharusnya mentelaah dan menghafal 'handbook' kementeriannya sendiri, ambil tahu tugas-tugas sebagai Menteri Pengangkutan. Janganlah hendak berlagak, mentang-mentanglah Menteri baru, tidak perlulah sehingga hendak membelasah hal ehwal kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan kementeriannya. Betulkanlah kemennterian sendiri dulu. Jangan sibuk menjaga tepi kain orang.
Keduanya, tidakkah Liow Tiong Lai membaca kenyataan media daripada Menteri Wilayah Persekutuan, DS Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa projek bawah tanah yang menyebabkan tanah mendap adalah di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bukankah DBKL sudah mengakui akan mengambil langkah berjaga-jaga dan membaikpulih kawasan berkenaan? Apa lagi Liow Tiong Lai mahu?
DS Tengku Adnan berjiwa besar dengan mengakui kesilapan pihaknya, sedangkan Liow Tiong Lai seperti telur mengata timun tidak pandai duduk, maksudnya mengata orang lain salah sedangkan diri sendiripun bodoh! Sebagai seorang Menteri, Liow Tiong Lai sendiri tidak faham / tidak tahu / tidak mahu ambil tahu bahawa SPAD di bawah JPM, bawah Hajah Nancy Shukri yang mana Hajah Nancy Shukri tidak pernah sekalipun membelasah SPAD secara terbuka.
DS Hishammuddin Tun Hussein, pemangku Menteri Pengangkutan yang terdahulu, mengendalikan isu pesawat yang hilang, MH370 dengan begitu baik. Kita harapkan pengganti beliau, Menteri Penuh tidak membuat kesilapan dengan perkara-perkara kecil yang boleh memalukan kementerian.
http://khairulryezal.blogspot.com/2014/07/
No comments:
Post a Comment