Dyana Sofya Tarikkan Seberapa Ramai Anak Muda Melayu Menyertai DAP - Mak Cik

Wednesday, 2 July 2014

Dyana Sofya Tarikkan Seberapa Ramai Anak Muda Melayu Menyertai DAP

Dyana Sofya Mohd Daud mengakui tugasnya kini lebih mencabar selepas dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP.

Dyana Sofya, 27, akan melaporkan diri kepada Lim Kit Siang yang juga majikannya sebelum ini.

‪Beliau sebelum ini bertugas dengan Kit Siang sebagai Setiausaha Politik pemimpin pembangkang itu sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah dan meletakkan jawatan itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu.

‪Tugas Dyana sekarang lebih mencabar kerana ia melibatkan kesemua Parlimen di seluruh negara berbanding dahulu hanya menumpukan kawasan Parlimen Gelang Patah sahaja. Beliau ditugaskan untuk menarik sokongan golongan muda Melayu untuk menyertai parti DAP

‪‪Dalam program  'Eye to Eye with Dyana Sofya' (Bertentang Mata Dengan Dyana Sofya) yang diujudkan oleh DAP melibatkan Dyana iaitu menjelajah ke seluruh negara mencari seberapa ramai anak muda Melayu yang sudah dikenalpasti sebagai persiapan menghadapi PRU14 nanti.

‪DAP sudah pun memulakan langkah mereka umno/BN sewajarnya mengujudkan program yang melibatkan golongan muda kerana dianggarkan golongan muda antara pengundi paling ramai pada PRU14 nanti.
 
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment